Realtime website trackingweb stats

Rezeki tak disangka! Wanita dapat RM14 ribu ‘wang tak dituntut’ Ini cara semak ramai nak tahu

Oleh HADI KAMARUDIN

Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook, Idah Binti Basri, beliau telah menuntut wang

daripada beberapa akaun bank yang sudah lama tidak digunakan.

Tanpa disedari, terdapat banyak baki yang ada, termasuk jumlah yang diperoleh daripada syarikat insurans.

Jumlah keseluruhan yang ditemui hampir mencecah RM14 ribu!

Tak Sangka Dapat RM14K

Rezeki tak disangka! Wanita dapat RM14 ribu 'wang tak dituntut' Ini cara semak ramai nak tahu

Salam semua. Saya ingin memberitahu kepada sesiapa yang mempunyai akaun bank lama yang terbiar atau ditutup tetapi masih ada duit di dalamnya, sebenarnya anda boleh menuntut semula.

Walaupun hanya RM20 atau RM30, mereka tetap akan memulangkan kepada kita. Hanya perlu bawa kad pengenalan ke Pejabat Pendaftar Wang Tak Dituntut di tingkat 42 Menara Maybank.

Jika tidak pasti, anda boleh menyerahkan kad pengenalan anda kepada mereka untuk diperiksa, dan anda akan diberitahu sama ada ada wang yang boleh dituntut atau tidak.

Jika ada, anda perlu mengisi borang seperti yang diarahkan. Saya tidak pasti wang yang diterima itu datang dari mana.

Saya baru tahu bahawa ada wang daripada kad kredit Citibank dan sebahagian daripadanya adalah wang dari syarikat insurans.

Selama ini, saya tidak sedar pun bahawa syarikat insurans ada memasukkan duit ke dalam akaun tersebut, sedangkan akaun itu sudah lama ditutup.

Jangan lepaskan peluang ini…kena rajin dan usaha sedikit, siapa tahu anda juga boleh dapat RM14K!

Berikut Cara Semak Wang Tak Dituntut

Serahkan MyKad anda di kaunter atau hadir sendiri ke mana-mana Jabatan Akauntan Negara yang terdapat di setiap negeri untuk membuat semakan.

Pegawai bertugas akan membantu anda membuat semakan melalui sistem dan anda boleh mengetahui keputusan dalam tempoh tidak kurang daripada lima minit selepas semakan dibuat.

Selain itu, anda juga berpeluang mendapatkan penerangan lanjut tentang cara-cara untuk mengeluarkan wang anda daripada pegawai yang bertugas.

Wang tak dituntut bukan hanya terhad kepada akaun bank yang tidak aktif sahaja, tetapi juga mungkin termasuk bayaran rebat insurans, bayaran elaun, atau bonus daripada syarikat tempat lama bekerja atau mana-mana firma yang berkaitan.

BACA:Tali seluar sukan terkeluar? Ini cara masukkan tali seluar ramai tertanya-tanyaÂ