Realtime website trackingweb stats

Resipi popia salted egg untuk kudapan hari raya, ‘confirm’ tak cukup sebalang

Oleh ADINDA

Dalam musim perayaan Hari Raya yang semakin hampir, resipi popia salted egg menawarkan satu pilihan sangat sedap dan unik untuk dihidangkan kepada tetamu dan keluarga.

Kudapan yang sedap ini tidak hanya memenuhi cita rasa yang istimewa dengan gabungan rasa masin telur masin dan aroma daun kari.

Dengan kreativiti dan sedikit usaha, pasti ‘confirm’ kudapan ini akan menjadi kegemaran sepanjang musim perayaan.

Resipi popia salted egg untuk kudapan hari raya, 'confirm' tak cukup sebalang

Cara-caranya:

1. Ambil kulit popia

2. Letak chopstick atau straw pada kulit popia

3. Gulungkan dia

4. Letakkan gam tepung gandum pada hujung popia

5. Gulung sampai habis

6. Keluarkan straw

7. Teruskan gulung banyak-banyak sampai anda penat

8. Satu batang anda boleh potong 3

9. Goreng kulit popia

10. Bila ada keperangan masukkan daun kari

11. Angkat dan toskan

12. Ambil salted egg powder ni

13. Masukkan ke dalam bekas popia, tutup bekas dan goncangkan agar serbuk salted egg sebati.

Selamat mencuba!

Sumber: Adlinelina7

Baca:

Heboh pemuda mualaf 9 kali ulang alik hanya kerana sijil kahwin, rupanya ini cerita sebenar dari pejabat agama

Isteri baru punya pasal, ketua kampung ini serah mas kahwin seluruh harta, tapi dua anaknya pun setuju

‘Dia ingat kita tak boleh balas’ – Reaksi spontan pramugari ini buat penumpang nakal terkesima