Banyak cuba resepi Kuih Siput, tapi semuanya jadi keras.
Malam tadi mencuba resepi ini, Alhamdulillah, kuihnya sedap dan rangup!
Resepi kuih siput rangup.
Bahan-bahannya :
• 1kg tepung gandum
• Cili kering (sukatan ikut pedas masing-masing)
• 2 sudu makan rempah daging
• 1 sudu makan jintan manis dan jintan putih (campur dan tumbuk)
• 1 cawan santan (jangan terlalu pekat)
• 1 cawan majerin (dicairkan)
• 1 biji telur
• Garam secukup rasa
• Daun kari secukupnya
Cara-caranya :
1. Campurkan semua bahan dan uli sehingga menjadi doh.
Jika perlu, tambahkan sedikit air dan biarkan berehat sebentar.
2. Selepas itu, anda boleh mencubit dan menekan doh pada acuan.
3. Tetapi jika ingin cara yang lebih mudah, gunting sahaja.
Rasanya masih sama walaupun bentuknya berbeza.
4. Setelah itu, goreng dengan api yang tidak terlalu kuat, gunakan api sederhana sahaja.
Selamat mencuba semua!
Baca:
Pesaing Tesla baharu, BYD seal dijual dengan harga bermula RM179,800
Dengki Arab Saudi catat banyak rekod dunia cecah 160 pengiktirafan, ini anggapan para ‘haters’