Realtime website trackingweb stats

Resipi biskut raya ulat bulu rapuh, rangup cair di mulut

Oleh FATIN AQILAH

Sekiranya terdapat lebihan buah kurma di rumah boleh cuba buat biskut raya ulat bulu.

Biskut ni ada inti kurma dan disalut dengan gula kastor.

Pada mereka yang buat biskut ni boleh ikuti resepi versi ringkas dan mudah di bawah.

Resipi biskut raya ulat bulu rapuh, rangup cair di mulut

Bahan-bahan:

• 1 cwn marjerin
• ½ cwn gula aising
• 2 cwn tepung gandum
• 1 cwn tepung jagung
• 1 sdk esen vanila
• 1 biji kuning telur
• Sedikit pewarna hijau
• Gula kastor (bahan salutan)
• Inti kurma (1 biji kurma boleh hiris kepada 6 bahagian)

Cara-caranya:

1. Campurkan marjerin dengan gula sehingga sebati.

2. Tambahkan esen vanilla dan pewarna hijau.

3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Uli sehingga sebati. Jika doh lembut, tambahkan sedikit tepung gandum. Jika doh keras, tambahkan mentega.

4. Ambil sejumlah besar doh dan masukkan inti kurma ke dalamnya.

Bentukkan doh menjadi lonjong dan tekan dengan garfu untuk mendapatkan corak seperti badan ulat bulu. Lakukan sehingga doh habis.

5. Panaskan ketuhar dan bakar biskut pada suhu 200° selama 15-20 minit atau mengikut suhu ketuhar anda.

6. Taburkan gula kastor di atas biskut ulat bulu yang telah dibakar.

Selesai.

Info tambahan: Gunakan sudu ukur metrik untuk saiz biskut yang seragam dan anda juga boleh tambahkan manik gula sebagai hiasan.