Lauk yang dibuat daripada ayam sangat popular dan selalunya menjadi pilihan utama dalam hidangan setiap kali makan.
Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis hidangan ayam yang boleh kita nikmati.
Antaranya termasuklah ayam bakar, ayam panggang, nasi ayam, ayam penyet, ayam gepuk, ayam goreng dan banyak lagi.
Walaupun terdapat banyak pilihan hidangan ayam, tetapi kadang-kadang kita mungkin bosan dengan hidangan yang sama setiap hari.
Ini boleh membuatkan kita pening kepala memikirkan apa yang hendak dimasak untuk makanan seterusnya.
Selepas ini, anda tidak perlu risau lagi kerana saya akan berkongsi resepi Ayam Bakar Tomyam yang tidak memerlukan banyak bahan.
Mari kita lihat resepi yang dikongsi oleh pengguna TikTok, Che Sayang Kitchen.
Bahan utama untuk resepi ini adalah ayam bahagian peha yang dipotong kecil.
Kemudian, anda perlu 5 ulas bawang putih, cili padi, akar daun ketumbar, 1 pek kecil pes tomyam, 1 sudu sos tiram, setengah sudu kecil kicap lemak manis dan minyak masak.
Untuk membuat sos sapuan ayam, anda hanya memerlukan sos cili Thai, minyak dan daun ketumbar sahaja.
1. Tumbuk bawang putih, cili padi, dan akar daun ketumbar menggunakan lesung batu (jangan tumbuk terlalu halus).
2. Masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi, pes tomyam, sos tiram, kicap lemak manis ke dalam mangkuk berisi ayam.
3. Kacau hingga semua bahan sebati dan masukkan sedikit minyak.
4. Kacau semula ayam tersebut dan biarkan meresap selama 15 minit.
5. Sementara menunggu ayam meresap, kita akan ke langkah seterusnya iaitu membuat sos cili Thai.
6. Ambil mangkuk kecil dan masukkan 3 atau 4 sudu sos cili Thai, 2 sudu kecil minyak masak serta daun ketumbar.
7. Kacau hingga semua bahan sebati dan sapukan ke atas ayam yang telah diperap tadi.
Anda boleh memilih sama ada untuk cucuk ayam dengan lidi sate seperti dalam video atau bakar ayam yang telah dipotong kecil.
Anda boleh mengubah suai resepi ini mengikut citarasa sendiri.
Anda boleh masak ayam dalam air fryer selama 10 minit pada suhu 200 darjah Celsius untuk bahagian pertama, kemudian balikkan dan teruskan memasak pada suhu yang sama iaitu 200 darjah Celsius selama 5 minit.
Apa yang perlu dilakukan jika tiada air fryer di rumah?
Jangan bimbang, anda masih boleh menggunakan oven ataupun non-stick frying pan.
Setelah selesai memasak, angkat dan hidangkan dengan nasi panas atau tanpa apa-apa.
Rasanya yang pedas, masam, dan manis akan membuat anda menikmati semasa makan.
Selamat mencuba!
@chesayang_kitchen Episod 309 | Resepi Ayam Bakar Tomyam Air Fryer | 2 Minit 1 Resepi by Che Sayang Kitchen Resepi Penuh – ayam bahagian peha – Bawang putih – Akar daun ketumbar – 1 pek kecil pes tomyam – 1 sudu sos tiram – 1/2 sudu kecil kicap – Minyak Resepi sos sapuan – sos cili thai – Minyak – Daun ketumbar Bakar ayam 10 minit, 200 celcius bahagian pertama, kemudian balikkan dan sambung masak 200 celcius 5 minit #resepichesayang #chesayangkitchen #susahkenakbuat #ayambakartomyamairfryer #tasteofcny2024 ♬ original sound – Che Sayang Kitchen
Baca:
Heboh netizen pasal Aliff Aziz belum reda, Bella Astillah mulakan bisnes jual kuih raya
Dapat 3 twaran sekaligus, tetapi sekolah ini yang dipilih anak Dr Sheikh Muszaphar