Realtime website trackingweb stats

Resepi lempeng kampung, gebu dan lembut boleh buat makan petang dengan air kopi

Oleh FATIN AQILAH

Lempeng kampung merupakan antara variasi lempeng yang ada di Malaysia.

Seperti resepi lempeng kampung Fuad Ismail Iskandar di bawah, bahan adunannya mempunyai telur sebagai kunci utama untuk menjadikan hasilnya gebu dan gemuk.

Sebelum pembaca melihat resepi lempeng kampung tersebut, mari kenali sedikit info mengenai makanan ini.

Lempeng atau pancake merupakan makanan jenis kek yang dimasak menggunakan bater sebagai bahan utama di atas permukaan rata yang panas seperti kuali dan disapu minyak masak atau mantega.

Bater biasanya dibuat daripada sejenis tepung, misalnya tepung gandum atau tepung beras, yang dibancuh bersama air dan sedikit garam.

Resepi lempeng kampung, gebu dan lembut boleh buat makan petang dengan air kopi

Kadang-kadang telur juga dimasukkan untuk mendapatkan tekstur adunan lempeng yang lebih bagus. Bater lempeng boleh dibuat menggunakan tangan ataupun pengisar.

Lempeng bukan sejenis roti atau roti leper kerana roti memerlukan adunan tepung menjadi doh. Adunan lempeng selalunya dimasak di atas kuali leper. Jadi, jom lihat resepinya di bawah!

Buat cake gebu, buat lempeng kampung pun gebu. Untung lah barang siapa yang berjodoh dengan diriku ini hehehe. Lempeng cicah sambal sardin yang tengah hari tadi saya tak habis makan (gambar).

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum 2 cawan setengah
  • Air 3 cawan setengah lebih kurang
  • Telur 2 biji (rahsia lempeng gebu)
  • Garam sikit
  • Aji sikit (pilihan)
  • 3 sudu minyak masak

Cara penyediaan:

Campurkan semua bahan-bahan di atas dan gaulkan ia sehingga adunan sebati. Kalau nak mudah, anda boleh kisar semua bahan.

Tekstur adunan lempeng akan kelihatan sedikit ringan atau cair berbanding membuat adunan jemput-jemput.

Kemudian, boleh masak bancuhan lempeng di atas kuali yang panas. Boleh pakai jenis kuali yang tidak melekat jika ada.

Lempeng gebu dan gemok pun siap! Lempeng kampung ini enak digandingkan dengan pelbagai pencicah. Antaranya ialah sambal ikan bilis, gula atau susu pekat.

Selamat mencuba!

BACA: Doktor pelik kenapa buruh binaan Bangladesh ini pakar dengan jenis ubat, rupanya ahli farmasi