Ayam goreng kunyit berempah seringkali menjadi pilihan masakan ibu-ibu yang sudah buntu kerana ia adalah resepi yang sangat mudah.
Dah la mudah, lagi lagi boleh bukak selera sesiapa sahaja yang tercium bau hidangan ini.
Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi resipi goreng kunyit istimewa di mana ayam
Diperap dengan beberapa bahan terlebih dahulu sebelum digoreng.
Menurut Nurul Ateekah, terdapat lapan bahan digunakan untuk menyediakan ayam goreng tersebut, antaranya:
1. 1/2 kilogram ayam bahagian kepak
2. 1 sudu besar serbuk cili
3. 1 sudu kecil serbuk kunyit
4. 1 sudu besar serbuk kari ikan
5. 1 sudu kecil serbuk perasa
6. 1/2 sudu kecil garam
7. Bawang putih (ditumbuk halus)
8. Minyak masak
Cara-caranya:
Jelas Ateekah, ayam yang dicampur dengan bahan-bahan tersebut perlu diperap selama kira-kira 30 minit atau lebih sebelum digoreng.
Katanya, kepak ayam dipilih kerana bahagian ini akan menyerap rasa rempah hingga ke isi.
Akibatnya, ayam goreng kunyit akan menjadi lebih garing di luar dan berjus di bahagian dalam.
Selamat mencuba!
Baca juga: ‘Tolonglah jangan buang..’ Ini khasiat disebalik kulit udang menurut doktor