Realtime website trackingweb stats

Resepi ayam bakar air fryer ni mudah dan sedap rasanya

Oleh ABDULLAH HAMID

Ayam merupakan makanan yang sering menjadi pilihan dan boleh dikatakan sebagai menu ‘wajib ada’ setiap kali waktu makan.

Lauk ini boleh dihidangkan dalam pelbagai menu seperti ayam goreng, ayam masak merah, ayam masak kicap, ayam sambal dan banyak lagi.

Selain itu, ayam bakar juga menjadi kegemaran orang ramai kerana isinya sangat lembut.

Menu ini menjadi lebih sedap apabila dinikmati ketika masih panas kerana ia mampu membuatkan sesiapa sahaja kecur liur.

Tambahan lagi, mana-mana hidangan menjadi lebih sihat apabila dibakar.

Resepi ayam bakar air fryer ni mudah dan sedap rasanya

Hari ini merupakan hari kedua umat Islam menjalani ibadah berpuasa dan ramai yang berkongsi menu berbuka.

Jadi, pada kesempatan ini anda bolehlah cuba pelbagai menu masakan yang dikongsi untuk berbuka termasuklah ayam bakar.

Kebiasaannya, ayam ini dibakar di atas arang, tetapi SK hari ini akan berkongsi sedikit keunikan resipi ini iaitu menggunakan air fryer oleh @chesayang_kitchen di TikTok.

Menariknya, resipi yang dikongsikan ini mendapat lebih lapan juta tontonan dengan lebih 370,000 tanda ‘suka’ di platform tersebut.

@chesayang_kitchen Episod 268 | Resepi Ayam Bakar Air Friyer | 2 Minit 1 Resepi by Che Sayang Kitchen Resepi penuh – Ayam peha dibuang tulang – Kicap lemak manis – Kicap cair – Kicap pekat atau karamel masakan – Lada putih – Lda hitam – Madu – Pewarna merah Notes: Perap 15 minit hingga 30 mminit. Kemudian, bakar dalam airfryer 200 celcius selama 20 minit. #resepichesayang #chesayangkitchen #susahkenakbuat #ayambakar ♬ original sound – Che Sayang Kitchen

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian Che Sayang di bawah.

Bahan-bahan

Antara bahan yang diperlukan dalam penggunaan resipi ini termasuklah ayam, kicap lemak manis, kicap cair, kicap pekat, sos tiram, serbuk lada putih, serbuk lada hitam, minyak, pewarna merah dan madu.

Cara penyediaan

1. Masukkan ayam dalam satu bekas, letakkan kicap lemak manis, kicap pekat, kicap cair, sos tiram, serbuk lada putih, serbuk lada hitam (boleh lebihkan), sedikit minyak, pewarna merah (naikkan warna ayam) dan madu.

2. Seterusnya, gaulkan ayam dengan semua bahan yang dimasukkan dan perap selama 30 minit.

3. Masukkan ayam dalam air fryer dan bakar dengan suhu 200 darjah Celsius selama 20 minit.

4. Setelah selesai, keluarkan ayam daripada air fryer, potong ayam dan siap untuk dihidangkan.

Semoga bermanfaat.

BACA: Akhirnya bayi sarat dengan alat bantuan pernafasan dapat perhatian PMX