Rebutkan hadiah RM5,000 penduduk paling malas , 7 individu ini sanggup berbaring dah lebih 3 minggu.
Seramai tujuh peserta masih bertahan bagi merebut kemenangan Pertandingan Penduduk Paling Malas Montenegro yang memasuki hari ke-21, sekali gus mengatasi rekod sebelumnya.
Penganjur Mico Blagojevic memberitahu Kosova Press, pertandingan itu kali pertama kali diadakan 12 tahun lalu, sebagai cara menyindir untuk mempersendakan mitos bahawa orang Montenegro adalah pemalas.
Peserta, Aksic, 38, berkata, dia tidak ada masalah dan mahu terus berjuang dalam pertandingan itu.
“Kami semua baik-baik saja dan tiada masalah kesihatan.
“Mereka (penganjur) ‘memanjakan’ kami dan apa yang perlu kami lakukan hanya terus berbaring,” katanya kepada Reuters.
Bagi Filip Knezevic, 23, dari bandar utara Mojkovac, dia sangat teruja kerana berpeluang kali pertama menyertai pertandingan unik itu.
“Kami mempunyai semua yang kami perlukan di sini, malah masa berlalu dengan cepat.
“Saya yakin akan memenangi hadiah 1,000 euro (RM5,013.34),” katanya.
Seramai 21 peserta mengambil bahagian pada awal pertandingan pertengahan Ogos lalu, sebelum jumlah itu berkurangan kepada hanya tujuh orang orang yang bertahan dengan berbaring di atas tanah.
Peserta dibenarkan makan, minum, menggunakan peranti mereka dan membaca dengan syarat mesti melakukan semua itu sambil berbaring.
Mereka dibenarkan untuk berehat di bilik mandi sekali setiap lapan jam. Jika mereka didapati duduk atau berdiri di luar, masa itu mereka akan kehilangan kelayakan serta-merta.
Rekod sebelum ini dipegang Dubravka Aleksic, apabila berada di atas katil selama 117 jam pada 2021.
Tetapi, kini, rekod itu nampaknya akan diatasi apabila tujuh pesaing yang tinggal kini berbaring lebih 460 jam.