Kenal tak dengan sebaris nama Razan Al-Najjar?
Agak-agak, pernah dengar tak nama ni? Kalau nak tahu, inilah nama yang pernah mencetuskan kemarahan dunia dan pejuang Palestin pada 1 Jun 2018. Ingin tau kisah seorang syahida ini?
Sumber : Berita Middle East Eye
Razan Ashraf Abdul Qadir Al-Najjar adalah seorang gadis yang berjiwa besar. Mana taknya, di saat ramai pemudi sebayanya yang menyibukkan diri dengan dunia, Razan telah menabur khidmat bakti sebagai seorang sukarelawan paramedik di Hospital Nasser, Khan Younis.
Merupakan anak pertama daripada 6 adik-beradik, Razan Al-Najjar membesar di dalam kancah peperangan. Iaitu peperangan yang berlaku pada tahun 2008-2009, operasi pertahan pada tahun 2012 dan seterusnya pada tahun 2014, iaitu ketika peperangan 7 minggu di antara Israel dan Gaza.
Kesan peperangan pada tahun 2014, kawasan kejiranan rumahnya hancur teruk. Namun, tentunya hal itu tidak mematahkan semangat beliau untuk berjuang demi bangsanya.
Seperti kebanyakan rakyat Palestin yang lain, beliau tidak mempunyai kemampuan untuk menyambung pelajarannya. Lalu, dia mengambil kursus kaligrafi, dan seterusnya latihan kejururawatan yang akhirnya membolehkan dia menjadi sukarelawan paramedik.
Apa yang berlaku pada 1 Jun 2018? Ia berlaku semasa protes di sempadan antara Gaza dan Israel. Waktu itu umat Islam sedang menyambut bulan Ramadhan yang mulia. Semakin ramai yang cedera akibat pertembungan tentera Zionis.
Razan, bersama-sama pasukannya, tidak putus tangan membantu mereka yg cedera. Ibunya berkata yg anaknya akan keluar rumah jam 7 pagi, dan hanya pulang jam 8 malam. Saat sampai di rumah, tubuh anaknya akan penuh dgn tompokan & percikan darah mangsa yang ditolong.
Sehinggakan saat sebelum kematiannya, Razan Al-Najjar menjadi seorang ikon dalam kalangan penduduk Tebing Gaza sendiri. Banyak media yang memaparkan gambarnya sedang bertugas di laman sosial. Dilihat Razan ini benar-benar ikhlas berbakti untuk bangsa dan negaranya, iaitu Palestin!
Sebenarnya, beberapa bulan sebelum 1 Jun 2018 lagi, Razan sudah mengagak bahawa Zi0nis telah menyasarkan dirinya. Pernah dia memberitahu Al-Jazeera yang tentera Z10nis telah menembak ke arahnya berkali-kali kerana ingin melarang dia memberikan bantuan kepada mereka yang cedera.
Namun, Razan tak pernah takut dan gentar dengan si Zi0nis laknatullah. Bahkan, jiwanya yang semakin membara dan bersemangat untuk membantu bangsanya sendiri. Hinggalah ke tarikh keramat 1 Jun 2018, di mana akhirnya Razan Al-Najjar telah dijemput pulang ke rahmat Allah.
Sumber : Berita Middle East Eye
Ya, Razan akhirnya syahid pada 1 Jun 2018 setelah ditembak dengan kejam oleh si Zi0nis. Kejadian ini berlaku pada Jumaat ketiga di bulan Ramadhan, di mana 3,000 rakyat Palestin sedang melawan penjajahan Zi0nis. Razan seperti biasa turut hadir bertugas membantu mereka yang tercedera.
Syahida itu memakai pakaian lengkap seorang paramedik ketika itu. Siap dengan sarung tangan pembedahan bagi menunjukkan yang dia bukanlah salah seorang demonstran. Dia adalah seorang paramedik yang sepatutnya “tak boleh disentuh”.
Ketika itu, Razan bergegas menyelamatkan seorang lelaki yang diserang dengan gas pemedih mata. Jarak mereka dengan sempadan Israel lebih kurang 20 meter. Ada yang mengatakan jarak mereka hanya sejauh 100 meter. Tiba-tiba, tiga das tembakan kedengaran. Tiga das tembakan!
Sumber : Berita Middle East Eye
Maka, syahidlah seorang gadis muda yang baru sahaja berusia 20 tahun. Ya, 20 tahun! Seorang sukarelawan paramedik yang sepatutnya tidak boleh diapa-apakan. Tetapi, si Zi0nis laknatullah membuktikan merekalah bangsa paling kejam sekali di atas muka bumi ini.
Susulan kesyahidannya, si tentera Zi0nis telah cuba membela diri dengan mengatakan mereka tidak pernah menyasarkan Razan Al-Najjar. Kemudian, timbul pula kononnya sebuah video yang mengatakan Razan adalah perisai manusia pihak Hamas.
Padahal, setelah disiasat, video itu adalah suntingan pihak Zi0nis daripada sebuah temubual Razan dengan satu rangkaian televisyen Lubnan. “I’m here on the line being a protective human shield saving the injured.” Tapi apa yang si Zi0nis zalim ini buat? mereka memutar belitkan cerita.
Begitulah kisah seorang syahida yang telah kembali ke rahmat Ilahi 3 tahun lalu.