Realtime website trackingweb stats

Rasa macam pakai penapis air, wanita kongsi kaedah jimat, jimat tak keluar bayar bulanan

Oleh ABDULLAH HAMID

Dalam dunia moden hari ini, kebanyakan rumah dilengkapi dengan pelbagai jenis penapis air yang tersedia di pasaran.

Penapis air ini memudahkan penghuni rumah mendapatkan air bersih, sama ada panas atau sejuk, dengan cepat dan mudah.

Namun, seorang wanita di TikTok, Tizzatykamal, mengatakan dia memilih

untuk tidak memasang penapis air kerana enggan menambah komitmen bulanan.

“Elak komitmen bulanan yang tidak perlu. Lepas saya fikir, inilah cara saya. Selagi boleh elak, saya akan buat.

Rasa macam pakai penapis air, wanita kongsi kaedah jimat, jimat tak keluar bayar bulanan

Tapi jangan kecam, ini cara saya saja.

“Saya rebus air setiap hari. Setiap pagi sebelum bangun Subuh, saya isi air dahulu. Memang lambat untuk penuh. Selepas keluar tandas, saya terus jerang air. Kuman mati, air selamat.

“Saya guna tumbler kecil sahaja kerana setiap hari masak air. Jadi, setiap hari saya tukar air baharu,” ujarnya.

Menurut wanita itu, air panas yang direbus di atas dapur membuat bancuhan minuman lebih sedap dan kepanasannya bertahan lebih lama.

“Saya suka minum air panas yang dimasak di atas api, kerana makanan atau minuman akan panas lebih lama dan rasa air lebih sedap.

“Air rebusan membuat bancuhan seperti teh, kopi, oat, dan lain-lain lebih sempurna.

“Saya juga ada heater untuk buat susu anak tengah malam, air cepat masak. Saya tak guna thermos kerana airnya lama-lama akan sejuk sendiri.

“Saya bebas dari komitmen bayar penapis air, Alhamdulillah,” tambahnya lagi.

BACA: Pasti jadi! Ini cara elak cermin mata berkabus dari ruangan berhawa dingin, ikut je 2 cara ini