Realtime website trackingweb stats

Rangup & cair di mulut, resipi biskut bangkit jadi pilihan ramai di pagi raya

Oleh ADINDA

Dalam suasana pagi raya yang penuh dengan kegembiraan dan keceriaan, satu resipi biskut telah menjadi pilihan utama bagi ramai untuk menyediakan hidangan yang sedap.

Dikenali dengan keunikannya yang rangup dan cair di mulut, resipi biskut bangkit ini telah menjadi kegemaran dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat.

Dengan rasa yang memikat dan tekstur yang memukau, tidak hairanlah ia menjadi pilihan utama untuk dinikmati bersama-sama keluarga dan rakan-rakan pada pagi raya yang bermakna.

Rangup & cair di mulut, resipi biskut bangkit jadi pilihan ramai di pagi raya

Bahan-bahannya:

• 5 cawan tepung ubi
• 1 cawan tepung gandum
• 1 1/2 cawan gula halus
• 1/2 sudu serbuk penaik
• 4 biji telur ayam
• 1 biji kelapa

Cara-caranya:

1. Tepung ubi dan tepung gandum perlu disangai terlebih dahulu.

2. Setelah itu, campurkan tepung ubi, tepung gandum, gula bersama serbuk penaik.

3. Pukul telur sehingga kembang dan tuangkannya ke dalam tepung tadi, sambil gaul dengan sebati.

4. Parut kelapa tadi, korang perlu dapatkan 3 cawan santan sederhana pekat.

5. Tuangkan santan sedikit demi sedikit sambil gaul sehingga ianya lembut.

Info tambahan:

(Part ni guna santan kara yang 200ml kotak kecik, dia akan pekat, tambah satu cawan air, bancuh dahulu) baru tuang sikit demi sedikit sambil menguli.

5. Canai dan guna acuan yang korang suka.

6. Kemudian, bakar dengan menggunakan api yang sederhana sehingga ianya kelihatan kekuningan.

7. Setelah agak kekuningan, bolehlah korang angkat untuk di simpan dalam balang kedap udara.

Selamat mencuba semua!

Baca:

Orang berilmu duduk di dapur pun boleh jadi duit – Ini geng yang perlekeh wanita belajar tinggi tak tahu

Kena penjara sebulan selepas rembat telefon bimbit dan dompet, tak sangka ini rayuan si wanita muda

Ini ibu bapa perlu tahu garis panduan pakaian sekolah sesi akan datang ketika cuaca panas melampau