Telur adalah salah satu bahan makanan yang paling kerap digunakan dalam pelbagai hidangan, sama ada untuk sarapan, makan tengah hari, atau makan malam.
Walaupun telur kaya dengan protein dan nutrien penting, ia juga berisiko dicemari oleh bakteria seperti Salmonella yang boleh menyebabkan keracunan makanan.
Bakteria ini boleh menyerang sistem pencernaan kita, menyebabkan gejala seperti sakit perut, muntah, dan cirit-birit.
Ramai yang terkena keracunan, ini tips yang ramai tak tahu cara beli, simpan & masak telur
Oleh itu, adalah penting untuk mengetahui cara yang betul dalam membeli, menyimpan, dan memasak telur bagi memastikan keselamatan makanan dan kesihatan kita.
Justeru, kami hari ini akan berkongsi tip daripada Hello Doktor mengenai cara yang seharusnya diambil dalam membeli, menyimpan, dan memasak telur untuk mengelakkan keracunan.
Walaupun bakteria Salmonella tidak dapat dilihat dengan mata kasar, anda masih boleh mengurangkan risiko memakan telur yang dicemari dengan bakteria ini. Caranya adalah seperti berikut:
Ketika membeli telur:
Jika ada telur yang disimpan di peti penyejuk, ambil telur tersebut berbanding telur yang disimpan pada suhu bilik
Pastikan kotak atau bekas telur tidak rosak dan kotor
Jangan beli telur yang sudah retak
Ketika menyimpan telur:
Sebaiknya, cuci bersih telur terlebih dahulu sebelum disimpan untuk mengelakkan pencemaran silang
Simpan telur dalam peti sejuk di rumah
Jika anda ingin menyimpan telur masak, pastikan ia dimakan dalam tempoh 3 atau 4 hari sahaja
Jangan biarkan telur yang telah masak di tempat terbuka lebih dari 2 jam
Ketika memasak telur:
Buat telur masak dengan sempurna. Elakkan makan telur separuh masak atau telur mentah
Jika merebus telur ayam, pastikan anda merebus sekurang-kurangnya 8 minit
Cuci bersih peralatan dapur yang bersentuhan dengan telur mentah menggunakan sabun
Jika anda memerlukan hidangan telur separuh masak, cuba dapatkan telur yang berkualiti tinggi seperti telur omega
Elakkan merasa adunan yang dicampur dengan telur mentah
Ramai yang terkena keracunan, ini tips yang ramai tak tahu cara beli, simpan & masak telur
Semoga perkongsian ini bermanfaat.