Pernahkah anda membeli sayur dan tertanya-tanya tentang perbezaan antara kailan dan sawi, yang kelihatan hampir serupa?
Sebenarnya, mudah untuk mengenal pasti kedua-dua sayur ini walaupun bentuknya agak sama.
Kailan adalah sayuran yang berasal dari keluarga kubis dan sering dijumpai di negara China.
Ia sangat popular, terutama di kalangan masyarakat Cina di Malaysia.
Sementara itu, sawi pula adalah sayur yang cukup digemari di Malaysia, dengan pelbagai jenis yang berbeza mengikut saiz daun dan batang.
Kadang-kadang, mungkin mak mentua minta tolong belikan kailan, tetapi kita tak sengaja beli sawi. Mesti malu, kan? Oleh itu, penting untuk kita tahu bagaimana untuk membezakan kedua-dua sayur ini sebelum membelinya.
Jom kita lihat perbezaan antara kailan dan sawi yang perlu anda tahu!
Perbezaan Kailan dan Sawi
Sayur Kailan:
1. Daun kailan lebih tebal dan teksturnya lebih kaku. Jika disentuh, permukaan daunnya agak kasar.
2. Batang kailan lebih keras, berwarna gelap, dan mengandungi sedikit air.
3. Bunga kailan berwarna putih dengan tangkai bunga yang pendek.
4. Sayur kailan biasanya disajikan dalam masakan restoran, seperti kailan ikan masin.
5. Sebelum dimasak, rendam kailan dalam air garam untuk mengurangkan rasa pahitnya.
Sayur Sawi:
1. Daun sawi lebih nipis dan lembut, dengan permukaan daun yang licin.
2. Batang sawi lebih mudah patah, berwarna lebih terang, dan mengandungi lebih banyak air.
3. Bunga sawi berwarna kuning dengan tangkai bunga yang lebih panjang.
4. Sawi sering digunakan dalam masakan harian seperti sawi masak sos tiram.
5. Apabila memotong sawi, buang bahagian batang yang lebih rendah kerana ia boleh memberikan rasa pahit.
Sekiranya anda pergi ke kedai sayur dan tidak ada tanda atau label yang jelas, anda boleh bertanya kepada penjual atau memilih sayur berdasarkan perbezaan yang telah kami kongsikan.
Dengan mengetahui perbezaan antara kailan dan sawi, anda tidak akan lagi tersalah beli sayur di masa hadapan!
BACA: Betul ke sentuh budak tak sunat boleh batal wuduk? Ini respon UAI