Realtime website trackingweb stats

Ramai terlepas pandang 4 perkara ini jadi punca minyak kereta cepat habis

Oleh HADI KAMARUDIN

Jarak pemanduan bukanlah satu-satunya faktor utama yang boleh menyebabkan bahan bakar atau petrol habis dengan cepat.

Cara pemanduan yang tidak betul dan kurang berhemah merupakan salah satu penyumbang utama

kepada penggunaan petrol yang tinggi, yang sering diabaikan oleh kebanyakan pemilik kenderaan.

Maklumat berguna ini tersebar melalui media sosial, yang dikongsi oleh Wee Fook Seong, pemilik sebuah kedai aksesori kereta, melalui hantaran di akaun TikTok miliknya, @pakwee_oe.

Fook Seong menjelaskan bahawa tips ini dapat memberi manfaat kepada ramai orang, terutamanya ketika harga petrol jarang turun, seperti yang berlaku di Malaysia.

Ramai terlepas pandang 4 perkara ini jadi punca minyak kereta cepat habis

Oleh itu, pemilik kenderaan yang menghadapi masalah minyak cepat habis boleh mengambil panduan dari Fook Seong.

Berikut adalah beberapa panduan yang boleh membantu menjimatkan penggunaan minyak petrol, berdasarkan hantaran popular oleh Pak Wee di TikTok:

Selepas berhenti di lampu isyarat atau trafik, elakkan menekan minyak dengan kuat sehingga RPM (Revolution Per Minute) kereta tinggi. Ini akan mengurangkan pembaziran minyak.

Sentiasa kekalkan RPM dengan konsisten semasa memandu. Jangan memandu terlalu laju, seperti melebihi 160 km/jam. Cukup dengan kelajuan sekitar 120 km/jam atau mengikut had laju yang ditetapkan.

Pastikan kenderaan diservis mengikut jadual yang ditetapkan. Gunakan minyak hitam yang sesuai untuk enjin anda dan pastikan tekanan angin tayar betul (PSI).

Gunakan gear yang sesuai dengan keadaan jalan dan kelajuan, seperti gear rendah untuk mendaki bukit dan gear tinggi untuk jalan raya rata.

Pak Wee menekankan bahawa menggunakan gear yang tidak sesuai untuk kelajuan tertentu boleh menyebabkan pembaziran minyak.

“Tips menjimatkan minyak bukanlah tentang produk, tetapi pemanduan yang betul dan bijak,” kata Pak Wee.

“Dengan memahami cara menggunakan gear yang betul, anda boleh menjimatkan penggunaan petrol,” tambahnya.

Ikuti tips-tips yang diberikan oleh Pak Wee untuk melihat perbezaan dalam penggunaan minyak petrol anda.

BACA: Ini sebab kenapa penumpang sebelah pun tak boleh panik dan menjerit ketika kecemasan