Realtime website trackingweb stats

Ramai tak tahu, cara tutup bonet pun ada caranya, bukannya hempas saja

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Apabila menutup bonet kereta, sering kali terdapat dua cara yang berbeza yang digunakan.

Sesetengah orang menutup bonet dengan cara menghempas dari paras tinggi,

manakala yang lain hanya menekan rapat penutup bonet sehingga tertutup.

Jadi, manakah cara yang betul?

Menurut buku manual panduan biasa, cara yang sebenarnya untuk menutup pintu bonet adalah dengan melepaskan dari posisi tinggi dan bukan dengan menekan.

Ramai tak tahu, cara tutup bonet pun ada caranya, bukannya hempas saja

Berikut adalah langkah-langkah untuk menutup pintu bonet seperti yang disenaraikan dalam buku panduan Mitsubishi Xpander:

1. Lepaskan batang penyendal dengan memasukkannya semula ke tempat asal.

2. Turunkan pintu bonet secara perlahan sehingga ia berada pada kedudukan kira-kira 20 sentimeter (cm) sebelum dilepaskan.

3. Pastikan penutup terkunci dengan rapat dengan mengangkat sedikit bahagian tengah antara bonet.

Walau bagaimanapun, jika cara di atas tidak berfungsi, anda boleh mencuba melepaskan pintu dari posisi yang lebih tinggi.

Pastikan anda tidak menekan bonet dengan kasar kerana ia boleh merosakkan penutupnya.

Namun, sentiasa berhati-hati dengan posisi jari-jari anda untuk mengelakkan tersepit ketika menutup bonet.

Selain itu, periksa sekali lagi untuk memastikan bahawa bonet telah terkunci dengan betul untuk mengelakkan penutupan yang tidak diingini semasa memandu.

BACA: Bengang ‘company’ paksa buat ‘overtime’ tapi tak bayar? Ini cara halus paksa majikan bayar