Suka berkebun atau bertani memang menjadi minat bagi sesetengah individu.
Selain dapat menuai hasilnya kelak, aktiviti ini juga dianggap sebagai terapi yang menenangkan jiwa.
Walaubagaimanapun, terdapat cabaran tersendiri dalam hobi ini, seperti hasil tanaman yang tidak memuaskan dan kehadiran makhluk perosak yang boleh merosakkan tanaman.
Bagi para penggemar berkebun, mereka pasti tahu tentang kegunaan baking soda atau soda penaik.
Bahan ini sebenarnya mempunyai banyak manfaat yang berguna untuk tanaman, menjadikannya sebagai ‘kawan baik’ bagi tukang kebun.
Mari kita lihat manfaat baking soda seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Val Tina.
1. Racun kulat semula jadi: Campurkan baking soda dengan air dan sabun cecair untuk dijadikan racun penyembur. Semburkan pada tumbuhan untuk melawan penyakit kulat seperti kulat serbuk.
2. Pembunuh rumpai: Sapukan baking soda terus pada rumpai taman untuk membunuhnya tanpa merosakkan tumbuhan sekeliling.
3. Penghalang makhluk perosak: Campuran baking soda dan tepung boleh menghalang makhluk perosak seperti cacing kubis dan kutu daun. Caranya, sapu saja pada tumbuhan.
4. Perbaiki tanah: Baking soda boleh digunakan untuk membuang tanah yang terlalu berasid, memperbaiki persekitaran untuk pertumbuhan tumbuhan.
5. Pemanis tomato: Taburkan baking soda di sekeliling pokok tomato untuk mengurangkan keasidan tanah, sekali gus menghasilkan tomato yang lebih manis.
6. Penggalak kompos: Mempercepatkan proses pengkomposan dengan menjadikan persekitaran lebih basah.
7. Menyerap bau: Meneutralkan bau di kawasan seperti sampah kompos dengan cara menabur baking.
8. Pembersih alatan: Membersihkan alatan berkebun dengan cara menggosoknya menggunakan pes baking soda. Ia dapat menghilangkan kotoran dan karat.
9. Bantu mencambah benih: Caranya, rendam benih dalam larutan baking soda sebelum menyemai.
10. Penghalau semut: Baking soda yang ditabur di sekeliling tumbuhan atau laluan semut bertindak sebagai ‘penghalang’ untuk serangga tersebut daripada merosakkan tanaman.
BACA:Â Ini sejarah kerajaan Melayu kuno yang ramai tak pernah dengar, pernah wujud di Perak