Lebih 400,000 tenaga mahir Malaysia tahun lalu dilapor enggan pulang ke tanah air. Padahal dah 12 tahun kerajaan lancarkan Program Kepulangan Pakar kepada rakyat negara ini.
Sebabnya sudah terang lagi bersuluh. Gaji sudah pun lumayan. Hidup pun dah selesa dengan gaya hidup di luar negara.
Ikuti perkongsian IJA JUHARI yang walaupun bukan dari latar belakang profesional tetapi bagi pereka dalaman ini, kos barangan keperluan dan ‘lifestyle’ di UK sebenarnya lebih rendah:
“Kenapa orang tertanya-tanya ramai profesional tak nak balik Malaysia? Ini saya cerita gaji saya yang tak seberapalah kalau nak banding dengan profesional di sana.
15 tahun lepas, saya dapat lebih kurang £26,000 gaji final saya. Tapi saya kena bayar cukai sekitar £400 setiap bulan.
Tapi saya rasa ok saja sebab itu saja satu-satunya cukai yang saya bayar tapi saya dapat
manfaat percuma penjagaan kesihatan. Kalau ada anak dapat pendidikan percuma.
Benefits healthcare saya dapat free medical checkup setiap tiga bulan. Pap smears semua percuma. Mereka call saja suruh kau datang.
Gaji bersih saya lebih kurang £2,000. Tapi saya boleh simpan kira-kira £800 hingga £1,000 setiap bulan sebab perbelanjaan saya biasa saja. Saya bukan jenis keluar malam atau clubbing. Saya suka duduk rumah.
Barang dapur £50 sebulan. Penuh troli. Pengangkutan £45. Ini untuk bas and tram. Anda boleh pilih nak naik apa.
Studio £400. Fully furnish 1 bedroom. Shopping £200. Ini pun penuh tangan nak bawa paper bag.
Internet £25. Waktu ini dah merasa 400mbps. Telefon £15. 15 untuk skype. Saya tak ada hutang Iphone. Beli tunai saja terus.
Belanja harian £5. Makan fish & chips. Kenyang sampai malam. Kedai Pakistan jual kebab pun boleh makan dari pagi sampai malam.
Kalau saya tak jalan-jalan sya boleh simpan 1,000. Kalau saya travel saya simpan lebih kurang £800.
Paling best bab travel, anda boleh dapat tiket kapal terbang serendah €19 untuk pergi Dublin atau pun €30 untuk pergi Paris.
Banyak betul pilihan transport and semuanya mampu milik. Kalau rasa nak sewa kereta anda boleh sewa serendah £11 untuk sehari Mini Cooper atau Volkswagen Golf.
Saya memang suka sewa kereta sebab kadang-kadang dapat kereta besar. Anda nak travel tak sesusah duduk Malaysia kena simpan duit berbulan-bulan malah bertahun. Di sana sebulan pun dah boleh berjalan satu Eropah.
Ini perbelanjaan waktu itu. Sekarang, saya tak tahulah. Tapi saya tak rasa naik dia banyak sangat.
Tapi masih gaji pun bertambah saya tengok. Sekarang, gaji pereka dalaman (interior designer) boleh dapat sekitar £6,000. Tinggi tu. Eksekutif dulu pun dalam £4,000.
Cleaner di sana pun dapat £800 sebulan boleh travel merata. Kalau pelajar hanya boleh kerja tidak lebih 4 jam sehari. Jadi, pandai-pandailah. Memang senang nak cari duit. Asalkan rajin.
Saya ni kira junior. Tapi saya cakap £1,800 di sana tak sama dengan gaji RM4,600 masa saya mula-mula balik Malaysia. Bayangkan, nak justify balik perbelanjaan saya. Memang struggle. Nasib baik ada simpanan waktu itu.
Anda sendiri boleh kira ‘kan? Sebab itu, masa saya mula kerja gaji £1,300 pun boleh selesaikan baki hutang Bank Rakyat dalam masa dua bulan.
Bukan saya nak cakap duduk Malaysia ni susah. Tapi duduk Malaysia ni memang sangat-sangat susah. Kau gaji RM6,000 pun belum tentu boleh simpan 1,000 sebulan sebab taraf hidup yang sangat tinggi.
Orang kata duduk UK mahal. Sebenarnya, kalau anda dapat duit sana, anda tahu betapa murahnya lifestyle yang anda kena bayar.
Sebab itu, apabila saya beli baju Zara £30 orang sana kata mahal. Walhal, kalau nak kira gaji saya 1,300 dengan baju 30 ringgit saya rasa ok lagi. Lainlah kerja di Malaysia. Gaji 1,300 beli baju tshirt Zara RM200. Itu memang mahal.
Bila saya bercakap pasal migrate ini bukannya saya nak cakap kehidupan di sana tak ada cabaran. Tapi sekurang-kurangnya nada ada work life balance. Anda kerja dan dibayar setimpal dan anda boleh dapat apa yang anda nak dengan mudah.
Hartanah di sana mahal, tapi benda lain murah. Lagi satu, bila anda duduk luar rasa ingin tahu pasal negara tu tinggi dan lagi banyak pengalaman yang anda boleh ceduk daripada masyarakat berbilang kaum.
Saya nak anak saya rasa pengalaman bekerja dan duduk negara orang. Biar mereka boleh belajar budaya dan menjadi lebih bijak.
Asyik duduk tempat sama saja kepala otak anda jem sebab terpaksa ikut acuan orang yang sama. Saya balik masuk kerja dengan semi government. Empat bulan saja, saya terus berhenti 24 jam. Saya semak dengan mentaliti orang di situ.
“Kau tak payah kerja laju sangat. Kau ikut saja pace orang lain. Hujung bulan dapat gaji.”
Itulah sebabnya kenapa kroni korup semakin membimbangkan di Malaysia sebab kepala otak semua orang dah dibasuh oleh mentaliti yang sama.
Kenapa pendatang banyak suka datang Malaysia? Bukan sebab duit dia besar dan mudah. Tapi sebab korupsi banyak dan semua PATI yang masuk dah ada yang dapat untung dari situ.
Nak cari kerja di luar negara mesti guna ejen. Tak boleh walk-in. Anda kena mohon melalui online. Untuk UK boleh cuba https://www.hays.co.uk ; Timur Tengah boleh cuba https://www.gulftalent.com/mobile/ dan untuk Asia boleh cuba Jobstreet.com.
Selamat mencuba.
Baca:
Mata blender dah tumpul? Ini cara asah bagi tajam semula guna bahan-bahan kat dapur sahaja