Realtime website trackingweb stats

‘Ramai sokong saya’ sesuatu terbongkar semasa temu bual Siti Bainun

Oleh ADINDA

‘Ramai sokong saya’ sesuatu terbongkar semasa temu bual Siti Bainun. Uyalna dedah ada sesuatu terjadi masa temubual Siti Bainun. “Sedih bila kenang balik ‘moment’ ini. Menyesal pun ada,”.

Demikian komen pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad di video siaran program Wanita Hari Ini (WHI) siaran 30 Julai 2020 yang dimuat naik pengguna TikTok di platform itu.

Komen Uyaina itu mendapat sokongan dan kata-kata semangat daripada netizen.

“Awak cuma buat kerja awak. Jangan risau. Kita tak tahu benda nak jadi,” tulis satu netizen membalas komen Uyaina.

'Ramai sokong saya' sesuatu terbongkar semasa temu bual Siti Bainun

Komen Uyaina di media sosial

Dalam video itu, Uyaina yang bertindak sebagai pengacara program WHI menemubual pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali, yang hadir sebagai tetamu jemputan di episod yang membincangkan topik Berkorban Apa Saja itu.

Antara soalan yang diajukan adalah bagaimana Bainun mengenepikan segala tohmahan yang dilemparkan kepadanya.

“Tetapi, untuk kekal istiqomah, kekal konsisten melakukan apa sahaja kebaikan yang kita lakukan sekarang ini sebab bisikan syaitan itu nyata.

“Tapi, bagaimana sebenarnya Bainun mengenepikan segala tohmahan, kata-kata negatif dan buruk yang dilemparkan kepada Bainun?

“Dan untuk memastikan yang anak-anak jagaan Bainun ini juga masyarakat yang mendapat kebaikan daripada perbuatan Bainun ini terus dapat dijaga?” katanya.

Bainun kemudiannya menjawab pertanyaan itu dan memaklumkan bahawa ramai yang menyokongnya.

“Kalau ada tohmahan, mesti ada orang yang sokong. Ramai orang yang sokong saya, yang sokong apa yang saya buat.

“Jadi, kenapa saya nak kena fikir apa yang orang cakap. Kekuatan saya, anak-anak saya. Anak-anak saya yang OKU, setiap kali bangun pagi, senyum.

“Nak tidur, senyum. Takkanlah saya nak sedih. Pagi-pagi saya bangun, saya cari dia. Tidur dengan saya. Itu kekuatan saya pagi, petang, siang, malam. Kalau saya tak tengok muka dia, tak boleh,” katanya.

Pada ketika itu, Bainun juga menjelaskan mengenai tiga anak-anak OKU di bawah jagaannya termasuklah remaja perempuan Sindrom Down, Bella yang disahkan sebagai mangsa dera.

“Bella, Tulus, Jiwa. Bella saya baru ambil tiga minggu lepas,” katanya.

“Yana betul2 kagum& respect dengan dia, waktu tu Yana fikir…”

Dalam pada itu, Uyaina juga ada memuat naik di IG sory beliau apa yang membuatkan dia berasa kagum dengan Siti Bainun

Uyaina juga berharap memandangkan kes tersebut masih lagi dalam kes mahkhmah, dia berharap pesalah akan di kenakan hukuman yang maksimum.

'Ramai sokong saya' sesuatu terbongkar semasa temu bual Siti Bainun

Terdahulu Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad yang menjalani pembedahan membuang apendiks, Isnin lalu masih dirawat di hospital apabila mengalami jangkitan kuman di sekitar dinding uterusnya.

Uyaina yang kini hamil berkata, dia masih bergantung kepada ubat tahan sakit, namun mengikut dos bersesuaian dengan saranan doktor.

“Saya masih lagi bergantung kepada ubat tahan sakit, namun tidak boleh diambil sepanjang masa kerana membahayakan bayi dalam kandungan.

“Buat masa ini, saya perlu menahan rasa sakit ini demi kandungan. Doakan kesihatan dan kesejahteraan saya,” katanya.

Uyaina dan Raja Syahiran yang juga penyanyi melangsungkan pernikahan di Colony Star Boulevard, Kuala Lumpur pada 20 Disember lalu.

kredit: ig Uyaina , hmetro

Baca:

Akibat ketagih merokok, paru-paru lelaki ini penuh dengan cecair nanah

Adik Bella masih trauma, tindakan Rina Harun mendapat kecaman netizen

Penting baca label sebelum membeli buah, elak beli buah dari 2 negara ini

Tonton: