Realtime website trackingweb stats

Ramai sedih Hairul Azreen umum berhenti berlakon, punca dia undur diri buat ramai menangis

Oleh ADINDA

Ramai sedih Hairul Azreen umum berhenti berlakon, punca dia undur diri buat ramai menangis.

Bukan satu keputusan yang mudah untuk seorang anak seni membuat keputusan seperti ini, namun setiap apa yang dilakukan pasti sudah difikirkan sebaiknya.

Pagi ini, Hairul Azreen telah mengejutkan ramai apabila dia mengumumkan pengunduran dirinya dari dunia lakonan. Pengumuman tersebut dibuat ketika dia dijemput menjadi tetamu Radio Era dalam segmen 3 Pagi Era bagi mempromosikan filem Malbatt Misi Bakara.

Hairul yang dilihat tenang berkongsi perkara itu kepada penyampai Linda Onn, Halim Othman, Azad Jasmin dan Radin. Dia berkata, “Saya nak mengumumkan yang saya berhenti berlakon sebab saya dah buat semua benda. Saya dah jadi seorang pelakon bermula daripada stunt, saya dah jadi seorang pelakon filem.

“Kemudian saya berdoa menjadi hero filem, dan Allah makbulkan saya sekarang saya menjadi hero filem aksi. Filem Malbatt inilah filem terakhir saya sebagai anggota tentera, sebagai pelakon.”

Bertapak dalam industri seni sebagai pelakon ekstra, stuntman dan memegang watak tambahan sejak usia remaja lagi. Hairul antara pelakon filem aksi yang prolitik di Malaysia dengan lakonan aksi yang memberi kesan mendalam. Selain bergelar pelakon dia juga merupakan seorang pelabur dan penerbit untuk filem.

Apabila ditanya oleh Linda Onn sama ada dia akan terus hilang dari dunia hiburan, Hairul menegaskan yang dia masih aktif di media sosial.

Setiap keputusan yang dibuat pasti ada sebabnya, bagi bapa kepada dua cahaya mata ini, masa yang diperlukan untuk melakonkan sesebuah naskhah menjadi sebab mengapa dia mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari dunia lakonan.

“Ada orang yang tak sempat tengok mak bapak sebab sibuk bekerja. Ada orang tak sempat tengok anak-anak. Saya alhamdulillah mak saya masih ada. Saya buat kajian untuk family dan diri saya.

“Bila saya buat filem saya perlukan enam bulan, buat badan enam kali seminggu, pagi petang malam. Tahu-tahu anak dah besar, tahu-tahu mereka pergi sekolah. Saya tak sempat nak buat perkara tu semua. Saya dah berasa puas dengan apa yang saya buat selama ini,” ujarnya panjang.

Filem Malbatt Misi Bakara menjadi sebuah filem aksi terakhir lakonannya, di samping sebuah lagi filem arahan Syamsul Yusoff yang dijangka bakal ditayangkan tahun hadapan.

Baca:

Dulu curi barang kemas, sekarang bibik siap hayun bayi, luluh hati ibu CCTV jadi saksi

Penjawat awam negara jiran pun jadi pelacur, masuk ke Malaysia guna pas lawatan sosial

Berang dengan video lelaki memujuk mahu poligami, reaksi Shila Amzah buat ada yang koyak kait dengan agama