Buat mereka yang sanggup berbelanja ribuan ringgit untuk membeli pakaian dan barangan berkaitan artis pujaan mereka atau ke Korea untuk menonton konsert, patut tahu bahawa hampir 40,000 rakyat Korea Selatan membunuh diri sejak tiga tahun lalu.
Seramai 39,453 golongan belia maut akibat membunuh diri, menurut data Kementerian Kesihatan dan Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit.
Lapor agensi berita Yonhap, jumlah itu menyaksikan peningkatan berbanding 32,156 kematian akibat Covid-19 yang dicatatkan dalam tempoh yang sama.
Mengikut statistik, kadar bunuh diri dalam kalangan remaja dan mereka yang berumur 20-an menunjukkan trend peningkatan walaupun secara keseluruhan kadar bunuh diri menurun sedikit dalam tempoh lima tahun lalu iaitu 25.2 orang bagi setiap 100,000 pada 2022.
Peningkatan kadar bunuh diri dalam kalangan remaja berlaku daripada 5.8 setiap 100,000 individu pada 2018 kepada 7.2 pada 2022.
Sementara itu, kadar bagi mereka yang berumur 20-an melambung daripada 17.6 kepada 21.4 dalam tempoh yang sama.
Itu angka yang sudah ‘berjaya’ menamatkan riwayat mereka di tangan sendiri. Bilangan percubaan membunuh diri di Korea Selatan juga meningkat.
Tahun lalu 36,754 orang menerima rawatan kecemasan di hospital selepas mencederakan diri sendiri atau cuba membunuh diri.
Jumlah itu adalah peningkatan 68 peratus berbanding 21,875 orang pada 2012. Dibarisi dengan penyanyi cantik dan pelakon tampan sehingga menjadi kegilaan remaja dunia tidak terkecuali Malaysia.
Namun, semuanya hanya indah di dunia hiburan yang sia-sia tetapi dipuja peminat malah pentaasub artis Korea.
Realitinya, rakyat terutama anak muda Korea Selatan amat tertekan untuk meneruskan hidup lalu menanggap mati di tangan sendiri adalah langkah penyelesaian terbaik.
Baca:
Rupanya main ‘game’ pun boleh dapat beras, wanita ini beritahu berbaloi ‘siram pokok padi’
Bapa ramai anak ini tergamak sebut “baik santau PMX”, netizen terkejut anggap melampau