Ramai nampaknya pandang remeh faedah daripada aktiviti berjalan sedangkan senaman mudah ini terbukti menjadikan individu terutamanya wanita tampil lebih menawan.
Sebenarnya, senaman dengan hanya berjalan kaki dapat membantu membuang lemak dan meningkatkan metabolisme.
Apa lagi sekarang ini, masalah berat badan berlebihan dan obesiti di negara kita meningkat pada kadar yang membimbangkan.
Sebanyak 50.1 peratus rakyat Malaysia mencatatkan berat badan berlebihan dengan 19.7 peratus daripada mereka menghadapi masalah obesiti.
Jadi, mahu tak mahu, anda sendiri jangan menjadi penyumbang kepada angka obesiti.
Kementerian Kesihatan pun sudah lama menyeru kempen berjalan 10,000 langkah bagi menggalakkan masyarakat menjalani hidup lebih sihat dan aktif.
Secara mudahnya tetapi mungkin payah untuk dibuat bagi sebahagian orang, aktiviti berjalan sebenarnya cara terbaik untuk buang gelaran obesiti.
Lagi bertambah baik, berjalan pada pagi bukan sahaja membuang gelaran obes disandang malah meningkatkan sistem imun.
Ikuti tips senaman mudah bagi golongan obes dan sakit lutut seperti dikongsikan Aysha Alam:
1. Jalan ikut kemampuan. Kalau semput, berhenti. Jalan perlahan-lahan. Tarik nafas.
2. Air jangan lupa.
3. Tingkatkan kelajuan berjalan.
4. Berhenti jangan sama sekali. Buat perlahan-lahan.
5. Jangan tak percaya anda akan nampak progress.
@ayshaalams Replying to @aila_nuriman senaman untuk mereka yang obesse seperti saya ❤️semoga membantu tauu #ezyorange #ezymeal #kurusbersamaezyorange #obesiti #ayshaalamteam ♬ If You Believe – Strive to Be & Patch Crowe
Baca:
“Itu fasa hodoh saya, orang suruh, semua saya buat” – Alif Satar
“Dia memang cakap nak hidup sampai umur 43 tahun sahaja” – Ina Naim dedah pesanan
Anak tiri kena ‘ratah’ sampai beranak, 22 tahun sumbat ke penjara, rupanya ini status ibu mangsa