Realtime website trackingweb stats

Ramai lelaki ‘DM’ mahu berkenalan dengan balu Abam Bocey, tapi ini dua sebab Hidayah kata ‘nanti dulu’

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Balu kepada Allahyarham Abam Bocey, Nor Hidayah rupanya menjadi buruan ramai lelaki yang menggunakan mesej langsung (DM) laman sosial untuk menjalin perkenalan.

Namun, Noor Hidayah Mohd Ali, 32, memilih untuk tidak melayan sebarang cubaan mendekati dirinya yang sudah empat tahun hidup solo.

Dua perkara yang menyebabkannya berpendirian ‘nanti dulu’ untuk berkahwin sekali lagi iaitu membesarkan anaknya, Syed Uthman Hamzah Al Juffrey, seerta menguruskan perniagaan.

Ramai lelaki 'DM' mahu berkenalan dengan balu Abam Bocey, tapi ini dua sebab Hidayah kata 'nanti dulu'

“Sejujurnya memang ramai lelaki cuba mendekati saya, kebanyakan daripada mereka mengambil pendekatan DM saya dalam Instagram.

“Ada juga yang datang terus ke kedai membawa niat ingin berkenalan tetapi saya tidak layan, begitu juga dalam media sosial.

“Saya tidak berminat, biarlah sekarang saya fokus membesarkan Hamzah dan menguruskan bisnes terlebih dahulu,” dipetik Kosmo! Online.

Bagaimanapun, beliau berkata, tidaklah menutup rapat pintu hati daripada diketuk mana-mana jejaka tetapi cuma pada ketika ini, waktunya belum sesuai.

Hidayah pun mengakui Abam Bocey yang dikahwininya pada 2017 sentiasa utuh di hati sehingga mungkin mengambil masa yang lama untuk digantikan dengan orang lain.

“Memang betul, Abam tetap dan selamanya di hati saya, sukar untuk saya gantikan posisinya dengan orang lain sebagai suami buat masa ini.

“Saya cakap macam ini tidak bermaksud saya tutup terus pintu hati, saya terbuka cuma perkara itu akan tiba apabila sampai masanya,” ujarnya.

Beliau turut berharap lelaki yang nanti menjadi jodohnya itu dapat menerima statusnya sebagai ibu tunggal selain mampu menyayangi Hamzah seperti darah daging sendiri.

Hidayah dan Abam iaitu nama sebenarnya Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang kini berusia lima tahun.

Abam meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas pada usia 32 tahun.

Baca:

Model ‘prank’ Ain Edruce bagi bunga pada suami, reaksi spontan bangkit dari kerusi tidak disangka

Memang ada permohonan tapi konsert kontroversi Choii tiada kelulusan negeri Kedah

Peningkatan insiden keganasan di Gaza punca PM Palestin letak jawatan, cadang langkah politik baharu