Realtime website trackingweb stats

Ramai kagum lihat Siti Bainun sekarang, pendera remaja sindrom Down sudah makin kurus

Oleh FATIN AQILAH

Ramai orang terutamanya pihak media yang membuat liputan di Mahkamah Tinggi pagi 14 November kagum lihat penampilan Siti Bainun Ahd Razali sekarang.

Pendera remaja sindrom Down itu nampaknya sudah makin kurus ketika hadir untuk pendengaran rayuan.

Keadaan terkini pengasas Rumah Bonda berkenaan dilihat ‘hasil’ daripada diet seimbang secara tidak langsung yang dijalaninya di Penjara Kajang sejak mula dijejaki pada 3 Mei lalu.

Selepas enam bulan berada di dalam tirai besi menjalani hukuman selama 12 tahun, Bainun mengalami penurunan berat badan ketara.

Dia yang didapati bersalah mengabai dan menganiaya remaja sindrom Down, Bella kini dilapor mempunyai berat badan 90 kilogram (kg) berbanding 150 kg, enam bulan lalu.

Wanita berusia 31 tahun yang memakai jubah merah jambu, dibawa ke mahkamah dengan diiringi anggota penjara dan melangkah dengan lebih bergaya.

Bainun dilapor hanya mengangguk sambil tersenyum ketika disapa media bertanyakan sama ada sihat atau tidak.

Imbas kembali, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 3 Mei lalu memerintahkan Bainun menjalani hukuman penjara itu selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella, 13, di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Mahkamah juga memerintahkan Bainun menandatangani bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan seorang penjamin berserta cagaran RM5,000.

Pengasas Rumah Bonda itu turut diarah melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.

Pada 23 Mei, Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk menangguhkan hukuman penjara kerana tiada keadaan khas mewajarkan Bainun dilepaskan sementara menunggu rayuan sabitan serta hukuman didengar.

Lantaran itu, wanita obesiti berkenaan kekal dipenjarakan sementara menunggu rayuan terhadap sabitan dan hukuman diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Baca:

“Biarlah orang kritik, janji saya seronok” – Shila Amzah

Ini makna sebenar kucing comel, siapa sangka Rexie hanya ada dua kaki saja

Berbaloi trip memancing ratusan ringgit, lelaki ini kongsi teknik ‘jinakkan’ tenggiri dan sotong mabang