Realtime website trackingweb stats

Ramai ibu bapa tak perasan ‘sumber maksiat’ dalam rumah, rupanya ada sekeliling tanpa sedar

Oleh ADINDA

Sejak kebelakangan ini, banyak anak remaja terlibat dalam kes berkaitan seksualiti.

Ada dalam kalangan ibu bapa yang menganggap ini sebagai proses pembesaran disebabkan rasa ingin tahu, tetapi hakikatnya tidak begitu.

Semakin dibiarkan, semakin mereka akan hanyut dalam kancah maksiat yang penuh dengan dosa.

Janganlah hanya menyalahkan orang lain, kerana terdapat 7 sumber maksiat anak remaja yang mungkin terlepas pandang oleh ibu bapa.

Kadangkala, semua ini berpunca dari dalam rumah sendiri!

Ramai ibu bapa tak perasan 'sumber maksiat' dalam rumah, rupanya ada sekeliling tanpa sedar

Berikut adalah 7 sumber maksiat anak remaja yang tidak ramai ibu bapa sedari.

Ini dikongsikan oleh penceramah seksualiti terkenal, Akhi Fairuz, agar ibu bapa lebih peka!

1. Handphone Kawan

Menurut komen, ada ibu bapa yang menyatakan anak mereka belajar tentang permainan ‘game’ daripada telefon rakan yang canggih.

Malah, ada perkataan buruk yang mereka pelajari ketika asyik bermain ‘game’ tersebut, sedangkan telefon anak hanya telefon biasa.

2. Rakan Sekelas

Sejak dahulu, orang telah mengatakan bahawa pengaruh rakan sebaya adalah punca utama bagi baik atau buruknya perilaku anak.

3. Kawan-kawan Sepermainan

Contohnya, kawan-kawan di taman permainan ketika bermain pada waktu petang. Ada yang mengajar perkara yang tidak baik dan turut menyentuh di bahagian tertentu.

4. Rakan di Transit

Contohnya, rakan di tadika. Ini kerana mereka sering bercampur dengan kanak-kanak yang mempunyai perilaku pelik, dan kita tidak tahu persekitaran mereka di rumah.

5. Sepupu Sepapat Ketika Balik Kampung

Ini juga sangat berbahaya, terutama jika sepupu tersebut lebih tua daripada anak sendiri. Tanpa pemantauan, ini boleh menjadi sumber kerosakan bagi anak, kerana mereka mungkin lebih ‘advance’.

6. Handphone Ibu Bapa

Ibu bapa yang sudah dewasa pastinya mempunyai akses internet yang luas. Anak boleh secara diam-diam mengakses konten pornografi. Jangan terkejut, kerana ramai anak yang baik pun terjebak dalam hal ini!

7. Daripada Media Sosial

Ramai pempengaruh yang membawa budaya bercouple dan pick-up line yang mudah diakses oleh kanak-kanak. Ini menyebabkan anak yang masih kecil berfikiran seperti orang dewasa.

8. Program Televisyen/Filem

Terutama sekali cerita Barat yang sering menyelitkan adegan bercium dan aksi panas, walaupun dalam cerita animasi yang disangkakan suci.

BACA: Usaha tak khianati hasil, cikgu berjaya jejak anak murid hadiahkan sebekas karipap