Realtime website trackingweb stats

Ramai buat silap yang sama! Baru tahu rupanya berus gigi tak boleh letak rapat-rapat

Oleh NURAIMAN

Gigi perlu dibersihkan sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk mencegah jangkitan bakteria.

Amalan biasa termasuk memberus gigi dengan ubat gigi dan berkumur dengan ubat kumur.

Melalui satu hantaran di laman TikTok oleh Klinik Pergigian Firdaus (KPF), terdapat beberapa teguran mengenai cara penggunaan berus gigi yang betul.

Menurut KPF, jika amalan ini tidak diubah, kuman boleh membiak dengan cepat pada berus gigi dan meningkatkan risiko anda jatuh sakit.

“Jangan lakukan tiga perkara ini dengan berus gigi anda,” ujar KPF.

Ramai buat silap yang sama! Baru tahu rupanya berus gigi tak boleh letak rapat-rapat

1) Berkongsi bekas berus gigi

Walaupun kelihatan remeh, elakkan daripada meletakkan berus gigi di dalam satu bekas yang sama.

“Tak kisah la adik-beradik atau rakan, jangan biarkan berus gigi masing-masing berada dekat antara satu sama lain.

“Kalau ada satu individu yang mulutnya kotor atau tak sihat, bakteria dalam berus gigi dia senang melompat ke orang lain punya, terutamanya apabila berus gigi tu bersentuhan.

“Pastikan jarak antara setiap berus gigi sekurang-kurangnya satu inci,” jelas KPF.

2) Mangkuk tandas

Berus gigi selalunya akan diletakkan di singki yang berhampiran dengan mangkuk tandas.

“Tahukah anda, setiap kali kita flush selepas membuang, partikel air yang kaya dengan bakteria akan memercik keluar ke serata tempat.

“Kalau terkena pada berus gigi dan kemudian kita pula masukkan ke dalam mulut, bayangkan betapa jijiknya. Sebab tu letakkan sejauh mungkin berus gigi dari mangkuk tandas.

“Atau satu lagi alternatif, tutup mangkuk tandas setiap kali sebelum flush,” jelas KPF.

3) Jangka hayat berus gigi

Jangan gunakan berus gigi melebihi empat bulan

“Setiap tiga hingga empat bulan, pastikan tukar berus gigi tu,” ujar KPF.

BACA: Individu dedah cara kesan orang tersayang mungkin dalam bahaya, guna je aplikasi ini