Ramai akui Tom Cruise terlalu perlahan dimakan usia, rupanya terbukti hidup cergas awet muda.
Saya peminat filem Top Gun. Versi lama dan baru. Saya sangat sukakan lakonan Kelly McGillis dalam Top Gun 1986 dan kecewa dia tak berlakon dalam versi 2022 dalam Top Gun Maverick, digantikan dengan Jennifer Connelly.
Sebabnya, Kelly McGillis sudah ditelan usia. Pada usia 66 tahun, Kelly McGillis gembira menghabiskan usia tuanya, menjadi sukarelawan, membantu penagih dadah dan kaki botol, hidup dengan aman damai, tidak aktif dan bahagia bersama keluarga di New Jersey.
Lain pula ceritanya dengan Tom Cruise, yang kini berusia 61 tahun, tetapi terlalu perlahan dimamah usia, masih aktif berlakon filem aksi, dengan aksi stunt berbahaya seperti yang dilakukannya dalam filem Mission Impossible – Dead Reckoning Part One di mana beliau terjun dari tebing gunung menggunakan motorsikal dan payung terjun, aksi yang sangat berbahaya untuk dilakukan untuk orang tua, berusia 61 tahun.
Dan aksi itu dilakukan sebanyak 6 kali!
Apakah bezanya kehidupan aktor dan bekas aktres ini?
Ya – kehidupan kekal aktif.
Tom Cruise terkenal memiliki lesen juruterbang kapal terbang komersil dan helikopter. Masih lagi memperbaharui lesen senjata api beliau.
Beliau suka berinteraksi dengan peminat untuk kekal berfikir dengan aktif dan masih lagi mengarah dan berlakon filem. Malah francais Mission Impossible belum menunjukkan tanda-tanda yang ia akan ditamatkan dalam waktu terdekat.
Tom Cruise mempunyai dietitian yang memberi preskripsi untuk makan sekitar 1200kcal – makanan yang dibakar dan tanpa karbohidrat. Walaupun saya tak sarankan anda makan macam ni, tapi cukuplah kalau saya simpulkan yang Tom Cruise sangat menjaga diet.
Tom Cruise juga sangat cergas dan aktif. Bahkan beliau kerap menukar aktiviti rekreasi, antaranya kayak, meneroka gua, bermain pedang, angkat bebanan, rock climbing, hiking dan jogging. Kerap menukar antara latihan kekuatan dan kardio akan memberikan anda fleksibiliti dan kelenturan. Ini sangat penting untuk lelaki dan wanita berusia.
Saya bukan peminat Tom Cruise. Namun begitu saya sangat kagum akan bagaimana beliau menjaga kesihatan beliau dan kekal aktif pada usia emas.
Orang kaya macam dia dah boleh bersara senang-lenang, tapi Tom Cruise tak suka hidup sedentary. Ini satu lagi kualiti yang saya harap, saya boleh amalkan pada usia tua saya nanti.
Inilah matlamat longevity. Tua dalam keadaan baik, kuat, sihat dan aktif. Ini matlamat saya juga.