Rakyat negara Doraemon makin berkurang, jutaan bisnes kecil tutup tiada pelapis. Semua 47 wilayah di Jepun dilaporkan mengalami penurunan populasi pada tahun lalu.
Malah, jumlah populasi negara itu menurun kepada 122.4 juta, iaitu jatuh hampir 800,000 berbanding tahun sebelumnya.
Data dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri Jepun menunjukkan dua rekod baharu yang membimbangkan bagi sebuah negara maju ke arah wilayah demografi yang belum dipetakan.
Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida menyifatkan trend itu sebagai krisis dan berjanji untuk menangani situasi berkenaan.
Namun dasar negara setakat ini gagal menangani isu penurunan populasi walaupun usaha bersepadu dilaksanakan oleh bandar kecil sudah memberi sedikit kesan.
Data baharu menunjukkan kematian mencecah rekod tertinggi iaitu lebih 1.56 juta, manakala hanya terdapat 771,000 kelahiran dicatatkan di Jepun pada 2022.
Buat pertama kali bilangan bayi baru dilahirkan menurun di bawah 800,000 sejak rekod bermula.
Bilangan warga asing yang menetap di Jepun adalah sebanyak 2.99 juta orang, meningkat 10.7 peratus berbanding setahun lalu.
Termasuk penduduk asing, Jepun kini mempunyai jumlah penduduk sebanyak 125.4 juta orang, penurunan kira-kira 511,000 berbanding tahun sebelumnya.
Ini bermakna populasi negara itu semakin berkurangan sejak 14 tahun lalu.
Jepun mengalami masyarakat menua lebih cepat berbanding negara perindustrian yang lain.
Malah, golongan populasi itu menjejaskan hampir setiap aspek masyarakat.
Lebih separuh daripada semua wilayah ditetapkan sebagai kawasan mempunyai populasi penduduk rendah.
Banyak sekolah terpaksa ditutup dan lebih 1.2 juta perniagaan kecil diusahakan oleh pemilik warga emas berusia 70 tahun tanpa pengganti.
Baca:
Takut kantoi waktu dating, wanita ini sanggup potong bekalan elektrik, satu kampung bergelap
Kerajaan umum pemberian e-tunai RM100, hampir semua orang dapat
Takut kantoi waktu dating, wanita ini sanggup potong bekalan elektrik, satu kampung bergelap
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio