Rakyat benci golongan double standard

Oleh NOR SITI HAZLINDA

SOP double standard perlu diambil serius sekiranya tidak mahu rakyat mengamuk akibat ketidakadilan terhadap golongan elit. SOP double standard sekarang semakin berleluasa terutama golongan elit.

Rakyat telah patuh segala arahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sewaktu pkp yang pertama lagi sehingga mendapat kes tempatan sifar kes Covid-19. Tetapi ada golongan elit ini tidak kuarantinkan diri selepas pulang dari Turkey. Golongan tersebut ialah Doktor Khairuddin At takiri.

Selain itu, kerajaan telah menghalang rakyat dari merentas negeri selain dari faktor kerja. Tetapi ada sesetengan golongan kayangan mengambil kesempatan.

Artis terkenal Malaysia Noor Neelofa pergi ke Langkawi untuk tujuan ingin membuka satu cawangan chattime di sana. Apabila melihat akaun Instagram beliau, didapati beliau sempat pergi “honeymoon” bersama suami. Di sini kita dapati, beliau menggunakan alasan kerja merentas negeri untuk pergi bercuti selepas selesai bekerja, sedangkan rakyat biasa yang lain terpaksa akur dan duduk dirumah supaya tidak di denda.

Oleh itu, kerajaan perlu mengambil tindakan yang serius terhadap golongan elit yang sering melanggar SOP.

https://www.youtube.com/watch?v=3-rBaqmgVyo&t=3s