Realtime website trackingweb stats

Rakaman 30 minit terakhir pesawat terhenpas di Elmina akahirnya diperoleh

Oleh ADINDA

Rakaman 30 minit terakhir pesawat terhenpas di Elmina akahirnya diperoleh.

Rakaman suara 30 minit dalam komponen ‘memory puck’ pesawat jenis Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Elmina, Shah Alam, pada 17 Ogos lalu, berjaya diekstrak di makmal di Florida, Amerika Syarikat (AS) semalam.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, hasil daripada ekstrak itu, Biro Keselamatan Kemalangan Udara (BSKU) berhasil mendapatkan rakaman suara yang jelas serta berada dalam keadaan baik.

“Mengenai nahas pesawat di Elmina, semalam, dibantu jurutera di sana (Florida) membantu mendapatkan data, dan hasilnya data itu berjaya diekstrak daripada ‘memory puck’.

“Jadi, semua rakaman suara dalam pesawat terutama 30 minit terakhir sebelum nahas itu berlaku, berjaya dimuat turun,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Baca:

Kerana tak pakai anak tudung ke sekolah, cikgu ambil tindakan cukur kepala

Abang rider pun tak selamat, trauma kena cabul dengan pelanggan lelaki

Mak-mak jangan over sangat, kesian anak dimarahi guru sebab mekap sempena hari merdeka