Zaman sekarang, hampir semua rumah dilengkapi dengan aircond. Peranti ini seolah-olah menjadi keperluan asas, terutama di Malaysia yang cuacanya panas, walaupun tidak terik matahari secara langsung.
Dengan keadaan cuaca sekarang yang terik, ada kalanya aircond di rumah tidak sejuk walaupun sudah ditetapkan pada suhu minimum.
Keadaan ini boleh memancing rasa kesal, sehingga membuatkan kita terfikir untuk menukar aircond baru.
Namun sebenarnya, kita boleh menyemak semula aircond kita supaya berfungsi seperti baru.
Kebanyakan orang lupa bahawa aircond perlu diservis atau dibersihkan secara berkala.
Kini, pengguna Facebook melalui laman Facebooknya (@Khairul Azwan Abd Aziz) berkongsi cara untuk servis aircond sendiri di rumah.
Cara Servis Aircond Sendiri di Rumah
Langkah 1
Pastikan suis aircond dalam keadaan ditutup. Kemudian, buka filter, penutup filter, dan cooling coil di bahagian kiri dan kanan dengan menarik ke atas perlahan-lahan.
Lepas itu, buka skru di bahagian kiri dan kanan casing aircond, kemudian angkat casing aircond dari bahagian atas dengan menolak ke atas, lalu tarik ke arah anda.
Langkah 2
Buka flap angin (swing) di bahagian tengah dengan menolak kaki flap ke belakang hingga keluar daripada holder. Kemudian, keluarkan kaki flap sebelah kiri perlahan-lahan sebelum melepaskan flap dari motor flap sebelah kanan.
Langkah 3
Periksa cooling coil. Jika terdapat litar penderia suhu bilik, cabut dari cooling coil untuk memudahkan proses pencucian.
Langkah 4
Buka flap angin yang boleh disesuaikan di bahagian kiri dan kanan. Teknik untuk membukanya bergantung kepada jenama aircond. Contohnya, untuk jenama Sharp, boleh dibuka dengan menolak setiap klip ke atas.
Bagi jenama lain, lebih baik rujuk dahulu sebelum mencuba. Komponen ini mudah patah, jadi perlu berhati-hati.
Langkah 5
Cuci blower aircond untuk menghilangkan kotoran yang menyebabkan aircond berfungsi perlahan. Gunakan pembersih aircond jika perlu, dan pastikan tidak merosakkan fin cooling coil semasa membersihkan blower.
Bersihkan blower dengan berus, pastikan gosok ke atas dan ke bawah mengikut alur fin. Jika menggunakan pembersih aircond, semburkan dan biarkan larutkan kotoran degil sebelum mencuci dengan air yang deras.
Selepas cuci blower, hidupkan suis untuk menguji aliran udara. Jika masih lemah, teruskan proses pencucian sehingga aliran udara pulih seperti aircond baru.
Langkah 6
Pasang semula aircond mengikut urutan sebelumnya. Pasangkan flap kiri dan kanan dahulu, kemudian pasangkan flap swing atas dan bawah, serta akhirnya pasang casing aircond.
Pastikan casing dipasang rapat sebelum memasang semula skru. Terakhir, pasang penutup filter dengan menekannya sahaja.
Itulah cara mudah untuk melakukan servis aircond sendiri di rumah. Semoga tips ini berguna dan selamat mencuba!
BACA: Pening anak ‘tantrum’ nak minum manis, ini cara mujarab latih minum air kosong pasti berkesan!