Realtime website trackingweb stats

Rahsia pada remote aircond buat bil elektrik kekal rendah, ini caranya

Oleh FATIN AQILAH

Kebanyakan kediaman masa kini dilengkapi dengan penyaman udara.

Dahulu, penyaman udara melambangkan kemewahan, tetapi kini ia menjadi satu keperluan disebabkan oleh perubahan iklim yang panas melampau.

Situasi ini menyebabkan ramai yang terbeban dengan bil elektrik yang melambung dan buntu mencari penyelesaian untuk mengelakkan tunggakan bayaran.

Bagi anda yang menghadapi situasi yang sama, apa kata cuba beberapa teknik penjimatan

yang dikongsikan oleh Jessame Abejaron berdasarkan pengalamannya sendiri.

Rahsia pada remote aircond buat bil elektrik kekal rendah, ini caranya

Tetapkan mod dehumidifier (mod kering)

Kaedah ini dapat membantu mengekalkan kelembapan bilik antara 50 hingga 60 peratus.

Pada alat kawalan jauh, tetapkan suhu kepada 26 darjah Celsius, tetapi anda akan mendapati suhu bilik yang sebenar adalah sekitar 24.3 darjah Celsius dengan kelembapan 47 peratus.

Kebiasaannya, kelembapan bilik adalah sekitar 70 peratus, menunjukkan bahawa penyaman udara berfungsi dengan baik dan sesuai dengan suhu bilik.

Anda juga dinasihatkan untuk tidak menetapkan alat kawalan jauh kepada 16 darjah Celsius kerana keadaan cuaca hanya membolehkan suhu sekitar 19 darjah Celsius sahaja.

Keadaan ini akan menyebabkan kompresor terus beroperasi, yang seterusnya mengakibatkan lonjakan penggunaan dan kos elektrik.

Elakkan penetapan menggunakan mod penyejukan (mod sejuk)

Untuk menjimatkan tenaga, tetapkan alat kawalan jauh ke mod dehumidifier dan tetapkan suhu kepada 24 atau 25 darjah Celsius.

Sekiranya anda masih berasa tidak selesa, anda boleh menetapkan alat kawalan jauh kepada 22 darjah Celsius dalam mod penyejukan, kemudian bertukar semula ke mod dehumidifier.

Mod dehumidifier boleh menjimatkan kira-kira 50 peratus daripada penggunaan elektrik berbanding mod penyejukan kerana kompresor beroperasi pada frekuensi yang lebih rendah.

Sebagai rujukan, berikut adalah anggaran kos elektrik sejam untuk penyaman udara:

1 HP (900 watt): 20 sen sejam
1.5 HP (1.2 kW): 30 sen sejam
2 HP (1.9 kW): 40 sen sejam
2.5 HP (2 kW): 50 sen sejam

BACA: Rupanya pesawat diharamkan terbang diatas ruang udara makkah ramai nak tahu sebabnya