Realtime website trackingweb stats

Pura-pura buta demi mengejar bahagia, jumlah ‘gaji’ mereka sungguh lumayan

Oleh FATIN AQILAH

Dua lelaki di wilayah Jawa Barat sanggup pura-pura buta demi mengejar bahagia tanpa perlu bekerja keras.

Mana tidaknya, sebagai pengemis jumlah ‘gaji’ mereka sungguh lumayan apabila mampu mengutip sebanyak 15 juta rupiah (RM4,493) sebulan.

Dipetik portal berita Okezone, Pejabat Kebajikan Masyarakat Bandung menahan dua individu terbabit yang meraih simpati orang ramai dengan cara mengemis.

Ketua Bahagian Pemulihan Sosial Kota Bandung, Irfan Alamsyah berkata, kedua-dua individu berkenaan ditangkap ketika sedang mengemis di kawasan Jalan Ahmad Yani.

“Ketika diminta memberi keterangan untuk tujuan pengumpulan maklumat, salah seorang daripada mereka mengaku hanya berpura-pura buta untuk meraih simpati orang ramai,” ujarnya.

Kedua-dua pengemis itu turut mengaku boleh mengumpul wang sumbangan orang ramai sehingga 500,000 rupiah (RM149.86) dalam masa separuh hari dan mencecah 15 juta rupiah (RM4,493) sebulan.

Sekarang, mereka sedang ditahan untuk menjalani bimbingan serta khidmat nasihat selain ahli keluarga akan dipanggil untuk membantu penilaian.

Baca:

Proton sedan S70 dilancar, tempahan bermula 1 November

“Nabil ni dia tak ada sensor pintar, terima je lah dengan redha”- Azharina

Susah tidur walaupun negara aman, 10 amalan ini pasti dapat bantu anda lebih lena