Memang ada manusia suka melawan fitrah termasuk masa tidur apabila ada yang mendakwa hanya lena 30 minit.
Malangnya, masa berjaga dia yang panjang itu pula digunakan untuk aktiviti tak guna seperti bermain permainan video dan lepak dengan kawan untuk makan malam.
Itu yang berlaku pada lelaki Jepun bernama Daisuke Hori, 39, yang tidur selama 30 minit sehari sejak 15 tahun lalu.
Dipetik Oddity Central, dia mengakui tidak mengalami kesan sampingan negatif walaupun waktu tidurnya terlalu singkat.
Walhal, Nabi Muhammad sebagai tokoh paling berpengaruh di dunia pun tidur selama 4 jam setiap hari.
Daisuke bahkan adalah Ketua Persatuan Tidur Singkat Jepun.
Dia turut mengajar individu lain bagaimana dapat mengurangkan waktu lena supaya dapat menikmati kehidupan lebih banyak.
Dalam sebuah program televisyen Jepun yang popular, dia berkongsi mengenai jadual tidurnya yang kontroversi.
Segalanya bermula apabila Hori sering berasa tempoh 16 jam tidak cukup untuk melakukan semua perkara yang dia mahukan setiap hari.
Oleh itu, dia cuba meneliti dan bereksperimen dengan memendekkan waktu tidur hariannya.
Untuk beberapa tahun, Daisuke berjaya melakukannya iaitu dari lapan jam menjadi 30 minit saja waktu tidur setiap hari tetapi tetap sihat dan bertenaga.
Memandangkan peliknya gaya hidup Daisuke, penerbit rancangan mencabarnya untuk menunjukkan rutin hariannya menerusi kamera selama tiga hari.
Lelaki berkenaan menyahut cabaran itu dengan membawa kru program mengikuti rutin hariannya dan dapat buktikan dirinya hanya tidur 30 minit.
Malah, ada kalanya kurang dari tempoh itu dalam sehari.
Pada hari pertama, Daisuke bangun pada jam 8 pagi dan memulakan rutin harian dengan ke gimnasium, membaca buku dan menulis beberapa artikel untuk ruangan mingguan.
Dia juga bermain permainan video kemudian pergi menemui beberapa rakan untuk makan malam.
Selepas makan, Daisuke membuat beberapa klip video pendek mengenai rutin tidur untuk saluran YouTubenya.
Selesai membuat rakaman, dia makan lagi, melakukan kerja rumah dan bersembang dengan individu dalam talian.
Kira-kira jam 2 pagi, tiba masa untuk Daisuke tidur, namun dia hanya lelapkan mata selama 26 minit sebelum bangun tanpa memerlukan jam penggera.
Selepas bangun tidur, dia terus bersiap dan pergi melepak dengan beberapa rakan sebelum ke gimnasium dan akhirnya pulang.
Sepanjang tiga hari rakaman dan tempoh cabaran, Daisuke menghabiskan malamnya bermain permainan video dan mahjong selain bersembang dengan rakannya yang juga tidur sekejap saja.
Mereka semua berlatih bersama untuk memendekkan waktu tidur harian supaya dapat menikmati masa yang lebih berkualiti bersama.
Penonton teruja untuk mengetahui bagaimana Daisuke menghilangkan mengantuk selepas makan kerana ramai berdepan masalah itu disebabkan lonjakan insulin.
Dia mendedahkan rahsianya adalah dengan mengambil kafein bagi mengelakkan tertidur sehingga tahap insulin kembali normal.
Walaupun sudah menunjukkan rutin tidurnya di televisyen nasional, masih ramai tidak percaya apa dilakukan Hori walaupun lelaki itu menjelaskan perubahan dilakukan secara berperingkat dalam beberapa tahun.
Tidur yang sepatutnya
Dr Hamza Al-Hamzawi dalam tulisannya berkata, manusia cukup tidur hanya dengan 3 jam untuk bangun dengan cergas, tak perlu pun tidur selama 8 jam seperti kajian dari barat tu.
Namun, ada waktunya iaitu dari pukul 9 malam hingga 12 malam atau tidur pada jam 10 malam dan bangun pada jam 2 atau 3 pagi.
Rasulullah S.A.W. juga tidur di awal waktu kerana waktu tersebut adalah waktu yang paling bermanfaat untuk tidur.
Seseorang itu boleh dapat 80% tidur yang nyenyak dalam waktu tersebut. Selain itu, waktu ini dikatakan ada keberkatan iaitu sejam tidur adalah sama dengan tiga jam waktu tidur.
Waktu tersebut, kelenjar pineal akan mengeluarkan hormon melatonin yang membantu kita untuk tidur.
Sebaliknya, tidur pada jam 12 hingga 2 pagi, hanya terdapat 20% waktu tidur nyenyak dan 80% selebihnya adalah “dream sleeping” yang tidak berguna.
Tidur jam 2 hingga 5 pagi (sebelum Subuh) pula adalah waktu yang sesuai untuk menghafal, mengingati Allah, berzikir, beristigfar dan penumpuan mental.
Kalau anda seorang pelajar, mungkin ini adalah masa yang sesuai untuk mengulang kaji dan belajar.
Baca:
20 ‘checklist’ untuk beribadah dalam bulan Ramadan, ini dari Ustaz Shamsuri Haji Ahmad
Pasang CCTV cepat denda siapa yang buang sampah, keadaan teruk Sungai Klang tak patut dibiar
Tak perlu minyak! Proses masak ikan singgang tidak renyah jika ikut cara ini