Punca shisha diharamkan buat semua bengang. Tak ada kaitan pun dengan faktor kesihatan. Pihak berkuasa Istanbul pada Rabu (5 Jul) menguatkuasakan larangan menghisap shisha di tempat-tempat awam sehingga diberitahu kelak.
Gabenor Istanbul dalam kenyataan bertulisnya memaklumkan bahawa larangan itu dikeluarkan untuk mengurangkan risiko kebakaran hutan dan potensi bahaya lain.
“Larangan menghisap shisha akan dikuatkuasakan di pelbagai lokasi, termasuk pantai, hutan, kawasan rekreasi dan taman di seluruh Istanbul.”
“Bagaimanapun, ruang shisha berlesen yang beroperasi di luar kawasan yang ditetapkan tidak terjejas hasil larangan ini,” kata Gabenor Davut Gul dalam catatan di Twitternya, lapor Xinhua.
Menghisap hookah sangat popular terutama dalam kalangan anak muda dan warga asing di Istanbul.