Realtime website trackingweb stats

Puas hati tengok sayur gemuk-gemuk bila tanam belakang rumah, lagi puas hati tak keluar modal pun, ini caranya

Oleh SHAZLIN AZIZ

Bercucuk tanam tidak memerlukan kos tinggi jika anda menggunakan petua yang tepat.

Melalui satu hantaran di laman Facebook oleh Syafiq Baharin, terdapat teknik untuk membuat baja sendiri hanya

dengan menggunakan rumput liar. Kini, anda tidak perlu mengeluarkan wang tambahan untuk menyuburkan tanaman.

“Saya belajar cara ini daripada JADAM di Korea, iaitu teknik pertanian yang seratus peratus organik. Baja rumput liar ini saya gunakan sepenuhnya untuk semua tanaman saya.

“Boleh dikatakan kos hampir RM0 kerana kebanyakan bahan sudah tersedia di rumah kita,” ujar Syafiq.

Puas hati tengok sayur gemuk-gemuk bila tanam belakang rumah, lagi puas hati tak keluar modal pun, ini caranya
Bahan-bahan:

1) Air hujan

Air paip juga boleh digunakan tetapi sebaiknya biarkan dahulu dalam tiga hingga empat hari sebelum dibancuh menjadi baja.

Air hujan adalah yang paling disarankan.

2) Leaf mold

Ia adalah sejenis tanah yang terbentuk daripada daun-daun reput, sangat kaya dengan nutrien.

Boleh dicari di bawah pokok yang mempunyai banyak daun kering gugur, lebih besar jumlahnya lagi bagus.

Ciri warna tanahnya gelap kehitaman, ambil dalam dua genggam untuk dijadikan baja.

3) Rumput liar

Sebarang jenis rumput liar boleh digunakan, ambil dari kawasan halaman rumah anda.

Langkah-langkah:

1) Ambil satu tong atau sebarang bekas penyimpanan yang bersesuaian, pastikan ia mempunyai penutup.

2) Penuhkan dua per tiga tong dengan rumput liar yang dikutip, mampatkannya ke bawah sehingga menjadi padat.

3) Penuhkan tong dengan air hujan sehingga sampai ke atas dan menutupi semua rumput liar.

4) Masukkan dua genggam leaf mold ke dalam tong, biarkan ia tenggelam di dalam air.

5) Tutup tong dan biarkan bancuhan diperap sehingga sekurang-kurangnya dua minggu, lagi lama perapannya lagi bagus. Kini sedia untuk digunakan.

Cara penggunaan:

1) Ambil satu liter air dan masukkan 10 mililiter (ml) baja yang sudah diperap, nisbahnya adalah 1:100.

2) Boleh siram pada pokok seminggu sekali.

3) Apabila bekalan baja hampir habis, tambah lagi segenggam leaf mold di dalam tong yang sama, penuhkan semula dengan rumput liar dan air hujan. Selamat mencuba! – Syafiq Baharin

BACA: Ini 4 posisi aircond tak sesuai dalam rumah, jadi punca bil melambung!