Bagi yang jarang menukar tayar pastinya alpa dengan tahun keluaran, jadi tidak terkejut jika baru sahaja ditukar sudah rosak.
Seorang pengguna Twitter Afyan Mat Rawi (@afyanIFP) memuat naik ciapan ditipu pemilik bengkel yang memberikan tayar lama kepadanya.
Selepas selesai menukar tayar, Afyan mengaku terlupa untuk menyemak tahun tayar tersebut dikeluarkan, malah harganya sama mahal dengan yang baru.
“Kelmarin tukar tayar. Lepas tukar baru teringat nak lihat kod ni. Alamak, tayar tahun 2019 rupanya!
“Maklumlah, tukar tayar ni berlaku dua ketiga tahun sekali. Jadi, masa tukar kelmarin, tak ingat langsung tip beli tayar.
“Tayar lama tapi dijual dgn harga baru,” katanya di Twitter.
Tidak berpuas hati dengan kejadian tersebut, lelaki tersebut kembali semula ke bengkel untuk menukar tayar yang lebih baru.
Namun ketika disoal mengapa pemilik bengkel tersebut memberikan tayar lama, mereka hanya mampu menjawab itulah tayar yang mereka terima.
“Kenapa tak bgtau itu tayar lama? U bagi tayar tahun 2019, sekarang 2023.
“Tak tahu. Kami order (tempah) macam tu. Tayar baru tak ada stok.
“Kita tak tau itu tayar lama. Kita order je”, kata tauke.
Selepas pemilik bengkel bersetuju untuk menukar tayar, kualitinya pula kurang memuaskan membuatkan Afyan bertindak untuk mengambil semula wang.
“Saya tuntut refund dan tukar di kedai lain. Dia tolak RM20 upah pasang, kira ok la dapat balik duit. Setel, Alhamdulillah
“Saya akui silap tak lihat masa pasang hari tu. Maklumlah, kerja tukar tayar ni dua tiga tahun sekali. Jadi terlupa tips beli tayar,” tambahnya.
Baca juga:‘Selipar Jepun’ mewah dijual RM5K di Arab Saudi, netizen beri respons