Realtime website trackingweb stats

Presiden Perancis muat naik kenyataan rasmi dalam bahasa melayu ketika pertemuan dengan PMX

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Presiden Perancis, Emmanuel Macron, telah memuat naik hantaran dalam bahasa Melayu di platform X,

Beliau memberitahu tentang pertemuannya dengan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim.

Dalam ciapan tersebut, Macron menyatakan bahawa pertemuan itu memberi peluang untuk memperkukuh lagi hubungan dua hala antara Perancis dan Malaysia.

“Bersama Perdana Menteri Malaysia @AnwarIbrahim, yang juga Pengerusi ASEAN.

Pertemuan pertama ini akan membolehkan kami mempererat hubungan antara negara kami, terutamanya dalam bidang peralihan tenaga, salah satu keutamaan bersama kami,” tulis Macron di X.

Presiden Perancis muat naik kenyataan rasmi dalam bahasa melayu ketika pertemuan dengan PMX

Pertemuan antara Macron dan Anwar berlangsung semasa Sidang Kemuncak G20 di Rio de Janeiro, Brazil.

Ciapan Macron mendapat perhatian warga maya, terutamanya apabila pemimpin Perancis itu menggunakan bahasa Melayu. Ada pemilik akaun X yang memanggilnya “Mat Cron” kerana kebolehannya menulis dalam Bahasa Melayu.

Pemilik akaun RedA pula membalas ciapan tersebut dengan mengajak Macron untuk menikmati nasi lemak di Malaysia. “Bila nak datang lepak KL? Boleh ajak sarapan pagi makan nasi lemak!”

Asrol Iberahim turut mengajak Macron untuk melawat Malaysia, dengan menyatakan, “Jemput datang ke Malaysia. Kali terakhir Presiden Perancis datang ke Malaysia ialah tahun 2017, iaitu Presiden Francois Hollande.”

Sementara itu, dalam hantaran di Facebook, Anwar mengungkapkan bahawa mereka berdua berkomitmen untuk terus mengukuhkan hubungan dan kerjasama antara kedua-dua negara, termasuk dalam bidang perdagangan, pelaburan, pelancongan, pertahanan, serta kecerdasan buatan (AI).

“Selain itu, kami juga membincangkan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025. Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Presiden Macron atas sokongan beliau menerusi Kerjasama Pembangunan ASEAN-Perancis,” kata Anwar.

Anwar turut menyentuh mengenai isu genosid di Palestin dan menekankan bahawa gencatan senjata segera diperlukan serta kerjasama daripada semua pihak untuk menghentikan penderitaan rakyat Palestin.

BACA: Jangan letak bahan ini pada side mirror anda, pasti tak kabur ketika waktu hujan