Realtime website trackingweb stats

Poskad akhirnya sampai kepada penerima selepas 121 tahun dipos

Oleh ARIF ABDULLAH

Sekeping poskad yang hanya sampai ke destinasinya selepas 121 tahun diposkan, akhirnya mempertemukan generasi seterusnya,

seorang wanita bernama Helen Roberts, dengan ahli keluarga lain buat pertama kali.

Awal bulan lalu, poskad yang dipos pada tahun 1903 itu tiba di alamat di Swansea, yang kini menempatkan Persatuan Bangunan Swansea.

Persatuan Bangunan Swansea berkongsi di media sosial bahawa poskad itu tiba di alamat Cradock Street di Swansea bersama beberapa surat lain pada hari Jumaat.

Helen Roberts masih tinggal di kawasan tersebut, tidak jauh dari rumah di mana datuknya membesar.

Poskad akhirnya sampai kepada penerima selepas 121 tahun dipos

Datuknya adalah adik kepada Ewart, pengirim poskad itu, manakala penerimanya ialah Lydia Davis.

Roberts berkata, seorang wanita melihat berita tentang poskad itu di media sosial dan menghubungi Ancestry, sebuah agensi mengesan salasilah keluarga, yang kemudian memaklumkan kepadanya.

“Sebaik sahaja saya melihat alamat dan nama tersebut, saya terus mengenalinya sebagai rumah keluarga datuk saya semasa kecil dan Lydia sebagai kakaknya,” katanya.

Pada hari Rabu lalu, Roberts dan kakaknya Margaret Spooner bertemu dengan cucu Ewart, Nick Davies, dan cicit Lydia, Faith Reynolds.

Difahamkan, poskad itu dihantar oleh Ewart kepada kakaknya semasa dia tinggal bersama datuk dan nenek mereka di bandar pesisir pantai Fishguard di Pembrokeshire.

“Sangat menyeronokkan dapat bertemu dengan Nick dan Faith yang mempunyai pengetahuan mengenai keluarga mereka sendiri, dan mereka juga mendapat pandangan daripada sudut kami.

“Kami terus berhubung dan bertukar e-mel. Semuanya sangat mengagumkan.

“Bukan sahaja hakikat bahawa poskad itu tiba, tetapi bagaimana ia menyambungkan keluarga dan sejauh mana ia tersebar di seluruh dunia. Ia benar-benar mengagumkan,” katanya.

BACA: Kalau jumpa duit syiling tepi jalan, ini sebab ramai sarankan jangan kutip, risau ini yang jadi