Majlis konvokesyen Universiti Sains Malaysia (USM) yang berlansung ketika ini tiba-tiba mendapat perhatian di media sosial kerana rekaan jubahnya yang dikatakan berbeza daripada universiti lain.
Bahkan, laman Facebook rasmi USM juga memuatnaik hantaran ketika mereka sedar bahawa nama universiti tersebut sedang menjadi perbualan hangat di kalangan pengguna internet, terutamanya dikalangan bekas pelajar.
“Betul ke sedang trending sekarang di socmed pasal jubah konvo paling cantik…? Dan khabarnya jubah konvo USM,” tulis USM hari ini.
Seorang remaja yang menggunakan Facebook bernama Azrul Zabidi berkongsi dengan gaya santai tentang jubah Konvokesyen USM yang paling popular dan cantik di media sosial, terutama di TikTok.
Mereka menyatakan bahawa meskipun jubah konvo USM telah lama digunakan, baru-baru ini ia menerima pujian dan mencapai peringkat tertinggi di media sosial, kira-kira satu atau dua tahun yang lalu.
“Sehingga anak-anak muda dok komen, ‘Nak masuk USM la, sebab jubah konvo lawa’. Ada yang kata macam ‘Harry Potter’. Alasannya mudah.
“Masa hari konvokesyen, rata-rata graduan habiskan ratusan ringgit untuk persalinan depa. Ya la, ‘outfit of the day, OOTD’ katakan.
“Kebanyakan jubah konvo universiti lain biarpun menarik dengan sulaman songket dll tapi bertutup penuh. Baju OOTD tak akan kelihatan, hanya hujung lengan sahaja.
“Malah jubah ‘design’ lama ini kelihatan ‘bulky’ dengan lengan jubah yang lebar mengembang. Ala-ala jubah hakim dalam mahkamah,” tulisnya.
Azrul berkata, jubah konvokesyen USM direka dengan konsep ‘minimalis’, di mana warna ungu, yang juga dikenali sebagai warna Tanjung atau warna bahagian pulau negeri itu, memang ‘striking’.
Dia menyatakan bahawa jubah itu tidak mempunyai hiasan sulaman, tetapi terdapat bahagian terbuka di lengan dan bahagian tengah jubah.
“Jubah tidak kelihatan ‘kembang’ dan terletak elok atas bahu. Jadi OOTD yang dipakai akan dapat kelihatan kemas bergaya bersama jubah konvo. Ada yang kata ala-ala ‘oversea’.
“Lagi-lagi kalau pi ambil gambar depan bangunan kolonial di Tanjong (Georgetown).
Saya yakin dengan trend remaja yang gemar mencipta konten dan mahir mengambil gambar yang cantik, banyak institusi pengajian tinggi awam akan mulai mengemaskini jubah konvokesyen mereka.
“USM pun perlu ‘upgrade’ jubah depa dengan material baru, sedikit sulaman songket (atau batik?) supaya ada elemen tradisional dan moden.
“Juga, biar ada padanan variasi warna ungu yang lebih menarik pada jubah serta rekaan topi konvo USM dengan kemasan baharu. Belahan di tengah jubah USM juga mungkin boleh ‘diberatkan’ agar tidak mudah ‘menghilai’ ketika melangkah atau ditiup angin.
Walaupun Azrul memberitahu, perkongsiannya itu bersifat santai dan jubah konvo tidak menunjukkan tahap keilmuan universiti tersebut.
Baca:
Hati-hati! Rupanya duit RM100 e-dompet Madani tak boleh diguna untuk 10 perkara ini
Ramai kagum ketabahan wanita yang dizalimi penjajah ini, kain tenunan Israa Jaabis raih perhatian
Banyak sangat belacan dan serai, banyak sebablah sambal nasi lemak Andy Cook teruk dikritik