Realtime website trackingweb stats

‘Pomen’ ini kongsi cara mudah cek tayar dah nak dekat haus ramai tak tahu

Oleh ABDULLAH HAMID

Tayar adalah antara komponen paling penting dalam kenderaan kerana ia memastikan keseimbangan pengendalian dan stereng, selain memberikan keselesaan dan cengkaman yang baik.

Setiap tayar mempunyai corak bunga atau lekuk-lekuk pada permukaannya yang bertujuan untuk mencengkam jalan atau mengeluarkan air.

Tambahan pula, tayar juga dibahagikan kepada kategori seperti soft compound, medium compound, dan hard compound.

Namun, apabila tayar kereta sudah menunjukkan tanda-tanda kehausan, ia perlu diganti dengan segera.

Walau bagaimanapun, kadang-kala hanya sebelah tayar sahaja yang haus, malah ada yang bahkan baru ditukar belum sampai setahun.

'Pomen' ini kongsi cara mudah cek tayar dah nak dekat haus ramai tak tahu

Dalam klip tersebut, beliau memberitahu bahawa untuk menukar tayar baru, pengguna perlu mengenal pasti terlebih dahulu punca masalahnya.

“Tengok tayar ni dah tak boleh berdiri dah. Dah tentu-tentu dia makan sebelah, kenapa jadi macam ni? Menyenget je, punca dia ni lah yang kita kena cari,” katanya.

Beliau menambah, masalah tersebut lazimnya berpunca daripada absorber yang sudah menjadi “lembik”. Keadaan ini menyebabkan tayar haus tidak sekata.

Walaupun pemilik kereta menggunakan pelbagai jenis tayar berjenama, namun masalah ini akan berulang jika absorber kereta tidak diperbaiki.

Absorber yang lembik menyebabkan tayar hadapan menjadi botak di bahagian luar, manakala tayar belakang akan haus di bahagian dalam.

Video ini telah mendapat lebih 168,000 tontonan dengan lebih 5,000 tanda ‘suka’ dan pelbagai komen pengguna.

Untuk penjelasan yang lebih terperinci, anda boleh menonton video di bawah. Semoga maklumat ini bermanfaat untuk anda.

BACA: KWSP tidak hantar sebarang SMS pasal pemindahan Akaun Fleksibel ini sebanya