PN sah hilang majoriti, UMNO umum tarik diri daripada Perikatan Nasional

Oleh ADINDA

Dalam satu sidang media petang ini oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi bersama Majlis Kepimpinan Tertinggi UMNO, beliau mengumumkan Umno menarik diri daripada menyokong kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yaasin.

“UMNO memilih untuk mengambil pendirian berpihak kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong dan tidak akan mempertahankan Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin Bin Haji Md Yasi yang ternyata gagal di mata rakyat, selaras dengan Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO”

“Majlis Kerja Tertinggi sebulat suara bersepakat untuk menarik balik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional dan Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin Bin Haji Md Yasin selaku Perdana Menteri”

Pengumuman penarikan sokongan Umno terhadap PN selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi secara maya tadi.

Sebentar tadi beliau turut mengumumkan kesemua ahli parlimen Umno sepakat bersama keputusan ini dan mengatakan kerajaan PN telah hilang majoriti untuk terus menjadi kerajaan.

“Surat Akuan Ahli-ahli Parlimen UMNO yang mencukupi angka bagi menzahirkan penarikan sokongan terhadap Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin Bin Haji Md Yasin sebagai Perdana Menteri telahpun dipersembahkan kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong, sekaligus menunjukkan kepimpinan beliau sudah hilang majoriti dan keabsahan selaku Ketua Kerajaan”

Perkara tersebut telah dipersembahkan kepada Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.