Realtime website trackingweb stats

PN bakal rombak kepimpinan, kedudukan Muhyiddin terjejas?

Oleh FATIN AQILAH

PN bakal rombak kepimpinan, kedudukan Muhyiddin terjejas? Gabungan Perikatan Nasional (PN) dijangka melalui fasa perubahan penting apabila satu rombakan struktur kepimpinan bakal dilaksanakan susulan persetujuan majlis tertingginya untuk menubuhkan jawatankuasa khas bagi menilai dan mencadangkan penambahbaikan organisasi.

Menurut Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, cadangan untuk memperkemaskan struktur dalam PN bukan sahaja melibatkan perubahan kecil, malah akan dilaksanakan secara menyeluruh demi kelangsungan dan kekuatan gabungan itu.

“Kita (PAS) memang ada beberapa cadangan penting untuk tambah baik struktur PN secara keseluruhan. Dan alhamdulillah, majlis tertinggi dah setuju tubuh satu jawatankuasa khas untuk nilai dan semak balik,” katanya ketika ditemui Malaysiakini di ibu negara semalam.

PN bakal rombak kepimpinan, kedudukan Muhyiddin terjejas?

Fokus kepada Pindaan Perlembagaan & Penubuhan Majlis Presiden

Antara elemen utama yang sedang diperhalusi oleh jawatankuasa tersebut ialah cadangan pindaan terhadap perlembagaan gabungan serta penubuhan Majlis Presiden PN – satu struktur yang dijangka memainkan peranan lebih aktif dalam hala tuju dan dasar gabungan.

Tuan Ibrahim, yang juga merupakan anggota Majlis Tertinggi PN dan Ahli Parlimen Kubang Kerian, berkata langkah ini bertujuan memperkukuh lagi kepimpinan serta menjadikan struktur pentadbiran PN lebih teratur dan berkesan.

Isu Kekosongan Jawatan Bendahari Agung Masih Belum Diisi

Ketika ditanya berkenaan jawatan Bendahari Agung PN yang sebelum ini dikosongkan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar, Tuan Ibrahim memaklumkan bahawa PAS masih belum menamakan pengganti.

Menurutnya, keutamaan kini diberikan kepada proses penilaian struktur secara menyeluruh sebelum sebarang pelantikan baru dilakukan.

“Kita tengah fokus kepada penambahbaikan dulu. Sebab itu belum lagi kemuka nama untuk ganti Samsuri. Biar selesai dulu proses ini,” katanya.

Rombakan ini dilihat sebagai langkah strategik bagi memperkukuh kedudukan PN dalam landskap politik semasa dan bersedia menghadapi cabaran politik yang kian mencabar. Apakah hasil daripada perubahan ini akan memberi nafas baharu kepada gabungan itu? Sama-sama kita nantikan.

BACA LAGI :

Ini respon Presiden Pas bila parti SAPP umum keluar Perikatan Nasional

Tindakan Muhyiddin ketepi suara PAS punca PN tunggu retak menanti belah

Menyentuh kewibawaan Sultan Pahang, akhirnya Polis buka mulut kes Muhyiddin