Realtime website trackingweb stats

PMX sifatkan isteri Presiden pertama Singapura ikon wanita yang patut diteladani

Oleh AHMAD ISMAIL

PMX sifatkan isteri Presiden pertama Singapura ikon wanita yang patut diteladani. Saya menerima khabar duka tentang pemergian Puan Noor Aishah, isteri kepada Presiden pertama Singapura, Encik Yusof Ishak, yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 91 tahun. Kehilangannya bukan sekadar satu kehilangan peribadi bagi keluarga, tetapi juga satu kehilangan besar buat sejarah dan identiti awal negara Singapura.

Puan Noor Aishah bukan sekadar isteri kepada seorang pemimpin negara — beliau adalah lambang kekuatan, ketabahan dan keanggunan seorang wanita yang berdiri teguh di sisi suami dalam saat genting dan getir membentuk sebuah negara baharu.

Kesederhanaan beliau bukan sahaja menambat hati rakyat, tetapi menjadi jambatan penghubung antara pemimpin dan rakyat jelata. Beliau adalah ikon kesetiaan, kelembutan budi, dan jiwa kebangsaan yang halus namun berwibawa — satu contoh wanita yang patut dijadikan teladan di seluruh Nusantara.

PMX sifatkan isteri Presiden pertama Singapura ikon wanita yang patut diteladani
PMX sifatkan isteri Presiden pertama Singapura ikon wanita yang patut diteladani

Sebagai seorang wanita yang pernah berdiri di sisi suami dalam medan politik, saya turut merasai sebahagian dari pengorbanan besar yang pernah dilalui oleh Allahyarhamah. Keteguhan jiwa beliau dalam mengharungi badai kehidupan dan dunia politik amat menyentuh hati dan mengagumkan.

Bagi pihak diri saya serta seluruh rakyat Malaysia, saya menzahirkan ucapan takziah yang paling mendalam kepada seluruh keluarga almarhumah. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

BACA JUGA : 

‘Doakan kami kuat’ Anak bongsu Zaquan Adha dan Ayu Raudhah meninggal dunia

Dunia seni kehilangan bintang: Pelakon veteran Roslan Saleh meninggal dunia

Pak Mat, pengusaha kedai makan terkenal meninggal dunia