Realtime website trackingweb stats

‘Pisang sakti’ ini rupanya penyelamat jutaan nyawa, hanya terhasil selepas 18 tahun penyelidikan

Oleh NURAIMAN

Sejenis ‘pisang sakti’ yang telah diubah suai secara genetik dan kaya dengan vitamin ini rupanya penyelamat nyawa.

‘Superbanana’ yang diubah suai secara genetik ciptaan pasukan saintis ini mengandungi lebih banyak nutrien, terutamanya vitamin A.

Penghasilan pisang ini dijayakan pasukan penyelidik dari Makmal Penyelidikan Pertanian Kebangsaan di Uganda dengan kerjasama saintis pertanian Australia James Dale serta Yayasan Bill dan Melinda Gates.

Pisang ini mampu menyelamatkan berjuta-juta nyawa kanak-kanak memandangkan kekurangan vitamin A telah melanda negara-negara miskin di sub-Sahara Afrika dan Asia Tenggara selama beratus-ratus tahun.

'Pisang sakti' ini rupanya penyelamat jutaan nyawa, hanya terhasil selepas 18 tahun penyelidikan

Masalah itu telah menghalang tumbesaran kanak-kanak, menyebabkan kebutaan dan dengan ketara melemahkan daya tahan mereka terhadap penyakit seperti cirit-birit dan campak.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan bahawa 190 juta kanak-kanak prasekolah di seluruh dunia kekurangan vitamin A dan kekurangan zat makanan yang menyumbang sebanyak enam peratus daripada kematian awal kanak-kanak di Afrika.

Oleh itu, ‘superbanana’ memberi penyelesaian yang murah dan berdaya maju untuk kekurangan zat makanan dan kekurangan vitamin A.

'Pisang sakti' ini rupanya penyelamat jutaan nyawa, hanya terhasil selepas 18 tahun penyelidikan

Uganda adalah salah satu daripada beberapa negara Afrika yang memerangi kekurangan zat makanan lantas ia mencetuskan penyelesaian kepada masalah itu di negara ini.

'Pisang sakti' ini rupanya penyelamat jutaan nyawa, hanya terhasil selepas 18 tahun penyelidikan

Projek Banana21 telah dilancarkan pada tahun 2005. Selepas 18 tahun penyelidikan dengan pelaburan sebanyak AS$11 juta (RM52 juta) oleh Yayasan Bill dan Melinda Gates dan kerja keras tanpa berputus asa, saintis akhirnya mencipta ‘pisang sakti’ ini.

Baca:

Tesla sebenarnya buka ibu pejabat bukan kilang, ini 11 fakta wajib tahu elak salah faham

Gah saja Hamid Gurkha dapat anugerah, anak pelawak veteran ini kongsi cerita susahnya tuntut hadiah RM10,000

Isteri wajib tahu 7 tanda ini suami sebenarnya sangat ‘setia’ dengan anda