Realtime website trackingweb stats

Petua buang bulu di muka ‘natural’ tanpa cukur

Oleh ABDULLAH HAMID

Rupa paras dah cantik tapi sayang ada misai dan bulu – bulu la pula!

Perkara ini akan terjadi kepada beberapa wanita atau lebih dikenali sebagai hirsutisme iaitu penghasilan hormon androgen khususnya testosteron.

Jangan risau!

Petua buang bulu di muka 'natural' tanpa cukur

Daripada waxing hingga bercukur dan juga laser, anda telah menjalani semua kaedah ini untuk mendapatkan kulit licin, tanpa cela dan bebas bulu. Tetapi, jika anda bosan dengan semua kaedah ini, ada cara menghilangkan bulu badan yang lebih semula jadi.

Menerusi perkongsian individu ini di laman tiktok, dia hanya menggunakan 3 bahan yang mudah didapati di dapur rumah sahaja.

Caranya amat mudah sekali iaitu menggunakan kunyit, tepung kacang kuda dan sedikit susu segar.

1. Ambil satu sudu kecil serbuk kunyit, dan campurkan dengan 3 sudu besar tepung kacang kuda dan 5 sudu besar susu segar (tak kisah brand apa pun).

2. Adukkan sehingga sebati dan menjadi tekstur yang pekat.

3. Sapu di seluruh bahagian muka dan biarkan selama 20 minit.

4. Selepas 20 minit dan kering di muka, seterusnya bilas dengan air suam

5. Lakukan sekali seminggu bagi mendapatkan kesan terbaik! Ia juga boleh dilakukan pada bahagian berbulu yang lain.

Anda akan dapat rasa perbezaan muka sebelum dan selepas. Selamat mencuba!

@syrahabdrahman Part 39 | Petua Buang Bulu Dimuka Natural Tanpa Shaving #facialhair #facialwax #threading ♬ original sound – Syrah Rahman

Baca:

Berdarah melayu brunei, Puteri Ameerah tarik perhatian netizen

“Dengan kekerdilan diri, saya mohon maaf kepada Siti Nurhaliza” – Mufti

Gandakan sabun cuci pinggan, tahan hingga 5 bulan