Hujung minggu ini, antara perkara yang mungkin ada dalam senarai anda ialah mengemas dapur, betul?
Namun, seringkali bahagian yang terlepas pandang ialah peti sejuk.
Walaupun sudah dibersihkan, peti sejuk kadangkala masih meninggalkan bau yang kurang menyenangkan.
Bau ikan, hanyir dari tumpahan kuah, dan pelbagai aroma tidak sedap mungkin masih ada.
Berikut adalah cara untuk membersihkan peti sejuk dan menghilangkan bau tidak menyenangkan dengan lebih berkesan.
Bahan-bahan:
-Lemon
-Esen vanila
Cara-caranya:
1. Keluarkan semua barang dan makanan dari peti ais. Kosongkan kesemuanya.
2. Basahkan tuala dan bersihkan bahagian dalam peti ais.
3. Ambil sepotong lemon dan perahkan pada seluruh kawasan peti ais. Gunakan tuala tadi untuk mencuci lemon hingga rata. Biarkan kering.
4. Apabila kering, letakkan sedikit esen vanila dengan haruman ros pada tuala basah dan sapukan pada keseluruhan peti ais.
5. Tutup peti ais selama 30 minit dan biarkanlah seketika.
6. Selepas 30 minit barulah dimasukkan semula kesemua barang dan makanan ke dalam peti ais. Susun kemas.
7. Hasilnya peti ais akan berbau lebih harum dan segar.
BACA:Â Serangan dron Israel, Pemimpin Hamas Ismail Haniyeh meninggal dunia