BYD Seal telah secara rasminya dilancarkan di Malaysia, menjadikannya model elektrik ketiga daripada syarikat mereka yang ditawarkan di negara kita.
Pelancaran Seal ini telah dinantikan oleh ramai orang kerana ia dianggap sebagai pesaing kepada Tesla Model 3, dengan spesifikasi yang hampir sama.
Di pasaran tempatan, terdapat dua model yang ditawarkan iaitu BYD Seal Performance AWD dan BYD Seal Premium.
Mengikut namanya, kita boleh meramalkan bahawa model Performance AWD adalah yang paling kuat, dengan dua motor yang menawarkan 530 kuasa kuda serta tork sebanyak 670NM.
Melalui bateri berkapasiti 82.5kWh, kenderaan Seal Performance AWD dapat mengembara sehingga 580km menurut standard NEDC.
Pengecasan yang disokong adalah sehingga 150kW DC, yang membolehkan pengecasan dari 10% hingga 80% dalam masa kurang daripada 40 minit.
Model BYD Seal Premium pula dilengkapi dengan satu motor yang menawarkan 313 kuasa kuda dengan tork 360NM.
Walaupun kedua-dua model menggunakan bateri yang sama berkapasiti 82.5kWh dan pengecasan 150KW DC, tetapi jarak perjalanan telah ditingkatkan kepada 650km menurut standard NEDC.
Di Malaysia, BYD Performance AWD dijual pada harga RM199,800 manakala BYD Premium dijual pada harga RM179,800.
Bagi 800 pembeli pertama, BYD menawarkan pengecas dinding percuma dan kredit pengecasan percuma RM800 menerusi Gentari atau ChargEV.
Baca:
Peniaga perlu ‘stop’ guna ubat stapler jika tidak mahu dikenakan saman dan penjara
Tak perlu tebuk dinding, ini cara betul pasang ‘exhaust fan’ di rumah
Satu mangkuk tak cukup! Resipi kuey teow sup ori Thailand memang terangkat