Realtime website trackingweb stats

Pertama sekali jangan panik! Ini anda perlu lakukan bila passport anda hilang tiba-tiba ketika melancong

Oleh NURAIMAN

Passport adalah dokumen paling penting yang perlu dibawa ketika anda bercadang untuk melancong ke luar negara.

Namun, malang tidak berbau; passport boleh hilang ketika anda sedang berseronok!

Apa yang perlu dilakukan jika passport hilang dalam keadaan panik?

Tarik nafas dan hembus, kerana berikut adalah empat langkah penting yang perlu anda lakukan

apabila menghadapi situasi kucar-kacir ini. Risau juga kalau tiba-tiba ‘dicop’ sebagai pelarian atau pendatang asing!

Pertama sekali jangan panik! Ini anda perlu lakukan bila passport anda hilang tiba-tiba ketika melancong

1. Buat Laporan Polis di Balai yang Terdekat

Tidak kira anda berada di London, Turkiye, atau mana-mana negara lain, langkah pertama adalah pergi ke balai polis terdekat untuk membuat laporan kehilangan passport. Ceritakan dengan jelas dan terperinci kronologi bagaimana passport anda boleh hilang.

2. Laporkan kepada Kedutaan Malaysia di Sana

Sebelum pergi ke pejabat kedutaan, semak waktu operasi mereka. Anda perlu mendapatkan surat atau sijil perakuan cemas. Sijil ini berfungsi sebagai kebenaran untuk anda melancong secara sementara dan anda wajib kembali ke Malaysia tanpa boleh singgah di mana-mana negara lain menggunakan sijil tersebut. Sijil ini hanya sah untuk tempoh 12 bulan.

3. Barang yang Perlu Dibawa ke Kedutaan

Apa yang perlu anda bawa ketika pergi ke kedutaan adalah:

-Kad Pengenalan Diri (IC) atau MyKid
-Salinan laporan polis
-Gambar passport
-Yuran proses (RM50 ke atas) mengikut mata wang negara tersebut
-Borang F (borang permohonan passport atau perjalanan yang perlu diisi sepenuhnya dan ditandatangani)

Sesetengah kedutaan mungkin memerlukan dokumen tambahan seperti:

-Tiket penerbangan

-Sijil lahir untuk kanak-kanak bawah 12 tahun (jika ada)
-Surat menerangkan bagaimana passport anda hilang

Proses biasanya mengambil masa 3-5 hari bekerja.

4. Proses Selepas Sampai di Malaysia

Setibanya anda di Malaysia, segera buat passport baru. Namun, anda perlu ingat bahawa anda akan dikenakan denda:

-Pertama kali: RM400
-Kali kedua: RM700
-Kali ketiga: RM1200

Begitu juga jika passport anda rosak akibat hujan, koyak, atau dalam keadaan tidak sempurna, anda juga akan dikenakan denda.

Oleh itu, jagalah passport anda seolah-olah ia adalah IC anda dan seperti nyawa sendiri semasa melancong! Jika anda bercuti bersama pasangan, pastikan jangan sampai pasangan yang hilang!

BACA: Puas hati bila tahu, rupanya ATM boleh ‘bersuara’ bantu OKU penglihatan keluar duit