Realtime website trackingweb stats

Pernah tapau makanan kenduri? Boleh jadi halal dan haram, ini penjelasan Mufti

Oleh FATIN AQILAH

Apabila anda menghadiri majlis kenduri, terutamanya apabila majlis hampir selesai, anda mungkin akan melihat ramai tetamu yang sibuk membungkus sisa makanan.

Tetapi adakah tindakan ini dibenarkan di sisi syarak kerana mungkin dianggap sebagai mengambil hak orang lain?

Mari kita lihat pandangan yang diberikan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengenai perkara ini.

Pernah tapau makanan kenduri? Boleh jadi halal dan haram, ini penjelasan Mufti

“Hukum tapau makanan kenduri adalah harus sekiranya mendapat keizinan daripada tuan rumah atau tuan majlis.

“Begitu juga pada setengah keadaan, adat kebiasaan setempat atau sebarang petunjuk lain membenarkan perbuatan menapau makanan.

“Namun sekiranya tidak mendapat keizinan daripada tuan majlis atau adat setempat menunjukkan perbuatan tersebut tidak dibenarkan meskipun untuk kuantiti yang sedikit, maka hukumnya adalah haram,” demikian menurut laman itu.

Menganalisis isu yang dibincangkan, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menyatakan bahawa jamuan makan semasa kenduri boleh dianggap sebagai satu akad.

“Sekiranya diperhatikan, aktiviti jamuan makan ini terpakai ke atasnya suatu konsep atau akad yang dipanggil sebagai al-Dhiyafah iaitu menjamu tetamu.

“Ia berbeza dengan akad hibah daripada sudut pemilikan oleh kerana akad hibah merupakan sebuah akad pemilikan barangan dan bukannya manfaat.

“Pun begitu, ia agak hampir dengan akad pinjaman dari sudut ketika menjamah makanan yang dihidangkan. Hal ini kerana, berlakunya konsep al-Ibahah,” jelasnya.

Di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, konsep al-Ibahah ini dibahagikan kepada dua bahagian.

“Pertama sekali adalah Ibahat al-Intifa‘ iaitu keharusan untuk mengambil manfaat dan Ibahat al-Istihlak yakni keharusan untuk menggunakan sepenuhnya atau menghabiskannya.

“Aktiviti kenduri dan jamuan makan kepada tetamu ini terletak di bawah jenis Ibahat al-Istihlak iaitu keharusan untuk menghabiskannya.

“Namun, di bawah akad al-Dhiyafah ini, tetamu hanya diberikan kebenaran untuk menjamah makanan yang dihidangkan hanya untuk dirinya tanpa diharuskan untuk mengambilnya atau memberi makan pula kepada orang lain mahupun kucing.

“Meskipun begitu, sekiranya ada keizinan daripada tuan rumah atau pemilik makanan, maka ia diharuskan,” katanya.

Baca:

Kempen servis istimewa, Toyota tampilkan Vios baharu dengan Veloz

Lagi kes maut tertinggal, toleh ke ‘seat’ belakang sebelum tinggalkan kereta

Pakej muka hauk dan tak… Aliff Syukri dikecam netizen selepas ‘face shaming’ calon temuduga